30.6.09

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat



Jom ke Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 anjuran Pakatan Rakyat di Stadium MPPJ, 9 malam ini bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk  Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP Lim Kit Siang.


26.6.09

Raja Pop dan Hudud Ala-Malaysia

Dalam hari ini, 3 berita amat menarik perhatian saya, yang pertama, kematian Raja Pop, Micheal Jackson. Yang kedua dan ketika isu Hudud yang di pertikai oleh Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin dan kisah seorang promoter yang di jatuhi hukuman rotan 10 sebatan dan bakal dilaksanakan di khlayak umum atas kesalahan mencuri. Si Promoter tersebut juga turut di jatuhkan hukum 200 jam khidmat Masyarakat.

Mungkin saya tersalah tentang hukuman yang di jatuhkan ke atas promoter, atau mungkin hukuman di jatuhkan menurut pandangan qisas apabila mengambilkira pertimbangan-pertimbangan tertentu.

Manakala menurut Ketua Pemuda Gerakan pula, kenyataan yang telah di keluarkan oleh Datuk Jamil Khir Bahrom di dewan rakyat semalam boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam. Malah menurut beliau, pindaan boleh dibuat terhadap undang-undang jenayah negara jika ia terlalu lembut untuk menangani peningkat kes jenayah.

Bacalah di sini dan disini dan sama-samalah kita fikirkan..



Raja POP, Mikaeel Jackson dalam kenangan - Al Fatehah



Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel Jackson telah meninggal dunia akibat 'kegagalan jantung' pagi tadi (5.26pagi waktu Malaysia).


Semoga benarlah sebagaimana yang dikatakan bahawa beliau telah memeluk Islam pada 21hb September 2009 lalu dan kekal di dalamnya..


Semoga Allah menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh..





24.6.09

PEMBANTU RUMAH ISLAM HANYA UNTUK KELUARGA MUSLIM


1. Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa simpati terhadap nasib buruk yang dialami oleh Pembantu Rumah Indonesia , Siti Hajar berusia 33 tahun .

2. Kisahnya bukan sekadar penderaan fizikal dan mental tetapi, beliau juga telah dinafikan hak untuk mendapat layanan sebagai seorang Islam dengan dipaksa memakan nasi kosong berlaukkan daging babi.

3. Kisah seperti ini sudah lama diperkatakan. Terdapat segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah melayani Pembantu Rumah mereka seperti hamba abdi.

4. Mereka tidak dibenarkan solat, puasa, dipaksa memakan babi dan diberikan bebanan kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diberi. Dalam kes Siti ini, majikkannya turut mengakui bahawa beliau tidak pernah membayar gajinya sejak tiga tahun lalu.

5. DPPP memandang serius kisah-kisah layanan buruk ini, begitu juga reaksi serius Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno yang mencadangkan untuk menghentikan penghantaran Pembantu Rumah dari Indonesia buat sementara.

6. DPPP melihat bahawa kini sudah sampai masanya pihak Kerajaan Malaysia mengambil pandangan NGOs dan umat Islam dinegara ini yang sebelum ini sudah pernah mencadangkan agar Pembantu Rumah Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga muslim. Manakala bagi keluarga bukan Islam mereka dibenarkan bagi mengambil Pembantu Rumah bukan Islam dari negara Indonesia, Thailand dan Filifina.

7. Pandangan itu haruslah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi memastikan isu-isu penafian hak seperti dilarang bersolat, puasa, mendapatkan makanan halal selesai, tempat tinggal yang suci dari najis dan juga gaji yang berpatutan dapat diselesaikan.

8. Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menimbulkan konflik agama dan juga antara negara khususnya Indonesia yang jelas merasa kecewa dengan layanan yang diberikan kepada rakyatnya.

9. Kerajaan Malaysia harus malu jika umat Islam dari Indonesia terus diperlakukan sedemikian buruk tanpa apa-apa tindakan yang serius diambil sekarang.

10. DPPP mendesak agar Kerajaan memberikan hukuman yang berat terhadap majikan yang cuai atau sengaja mendatangkan kecederaan fizikal, mental dan akidah kepada pembantu rumah mereka.


Hj Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ]

Setelah Kenyataan media Tuan Guru Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin..

Melihat kepada kenyataan media Tuan Guru Nik Aziz, menunjukkan betapa mulianya dan merendah dirinya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam menangani isu berkaitan Kerajaan Perpaduan. Saya tidak ingin mengulas lebih jauh, cuma apa yang saya tunggu sekarang ini adalah kenyataan 10 orang Ahli Parlimen dari PAS yang sebelum ini bertindak di luar batasan bila menghebahkan tentang betapa tidak setujunya mereka tentang isu Kerajaan Perpaduan walaupun mereka ini juga merupakan AJK PAS Pusat yang begitu dekat dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Berita berkaitan 10 budak hitam (istilah baru utk 10 MP) boleh di lihat di sini, di sini dan juga di sini

Saya melihat kalaulah tiada sebarang kenyataan permohonan maaf atas keterlanjuran 10 budak hitam,dalam masa yang terdekat ,maka kita akan melihat betapa mulianya mereka yang bergelar ulama' dan betapa hinanya mereka yang bergelar profesional.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya, tapi mungkin tuan-tuan masih belum terlupa, bagaimana Ustaz Daud Iraqi memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan beliau terhadap ada isu politik wang di dalam pemilihan PAS yang lepas. Kalau tuan-tuan sudah terlupa, isu ini  sila rujuk di sini dan di sini .

Kenyataan media Nik Aziz boleh di ikuti di harakahdaily dan permohonan maaf beliau turut disiarkan di utusan online



Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. - azm _





23.6.09

HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009

GERAKAN MANSUHKAN ISA
KENYATAAN AKHBAR
HIMPUNAN MANSUH ISA AKAN DIADAKAN PADA 1 OGOS 2009
Isnin, 22 Jun 2009

1. Sekretariat Himpunan MANSUH sebagai penganjur Himpunan MANSUH ditubuhkan khas bagi menggerakkan rakyat menyatakan sikap terhadap akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) melalui perhimpunan secara aman.

2. Sekretariat diwakili oleh wakil-wakil daripada anggota Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik dan mahasiswa. Jawatankuasa Pepandu Himpunan MANSUH diwakili oleh pimpinan parti-parti politik dan NGO.

3. Hari ini Sekretariat Himpunan MANSUH ingin memaklumkan secara rasminya tarikh Himpunan Besar-besaran Mansuhkan ISA iaitu pada hari Sabtu, 1 Ogos 2009.

4. Tarikh 1 Ogos 2009 dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal pada 1 Ogos 1960. Selama 49 tahun negara dinaungi kezaliman ISA. Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjarakan tanpa tempoh menentu. Sudah tiba masanya akta usang itu bukan sahaja dikajisemula tetapi dimansuhkan sama sekali.

5. Himpunan MANSUH dianjurkan dengan hasrat untuk rakyat menzahirkan sikapnya secara jelas dan lantang dengan membuat tiga tuntutan:

a. Bebaskan semua tahanan ISA
b. Mansuhkan ISA
c. Tutup Kem Kamunting - Kem ’Guantanamo’ Malaysia

6. Pada 3 April 2009, sebaik menjadi Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib telah membebaskan 13 orang tahanan ISA (termasuk dua orang tahanan Hindraf) dan mengumumkan untuk mengkajisemula ISA. Satu tindakan yang dikatakan bukan populis. Empat hari kemudian pada 7 April, Pilihanraya Kecil 2 Bukit 1 Batang berlangsung.

7. Pada 8 Mei 2009, 13 orang lagi tahanan dibebaskan termasuk tiga orang lagi tahanan Hindraf. Sekali lagi ini dikatakan bukan tindakan populis sedangkan sehari sebelumnya berlaku titik hitam di Perak.

8. Dalam pada pembebasan diumumkan, secara senyap-senyap empat orang tahanan baru ditahan sekitar bulan April termasuk Mas Selamat Kastari yang dilaporkan lari daripada ISA Singapura. Bahkan sebenarnya di Kem Kamunting masih terdapat seramai 14 orang tahanan ISA seperti yang dilaporkan GMI. Tiga orang daripadanya telah ditahan lebih daripada 7 tahun.

9. Cadangan untuk kajisemula ISA pula dibuat sejak 3 April 2009, lebih dari 2 bulan yang lalu. Tetapi sehingga kini, tiada sesiapa tahu bila sebenarnya kajian tersebut akan siap. Suhakam sudah mengesyorkan ISA dimansuhkan sejak 2003 lagi. Pada masa yang sama, sudah ada peruntukan undang-undang sediada yang mencukupi untuk menangani keganasan.

10. ISA memusnahkan konsep asas undang-undang berperlembagaan. Ia mencemar asas pengasingan kuasa. Ia membenarkan kuasa eksekutif melangkaui kehakiman dengan menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA telah menghapuskan apa juga semakan undang-undang yang disyorkan perlembagaan. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah yang menyebabkan berlakunya penyeksaan fizikal dan mental.

11. Kemuncak asas-asas ISA ialah elemen mengancam, mengugut dan mewujudkan rasa takut dan gerun…”climate of fear”…”under siege mentality”… sehingga merencatkan daya fikir dan teguran berani serta fitrah manusia yang bebas.

12. Atas sebab keadaan ini, atas sebab kezaliman berterusan dengan penahanan tanpa bicara, arbitrari, tanpa pembelaan dan tanpa diketahui bilakah dibebaskan, penganiayaan ke atas isteri, anak dan keluarga dan atas tuntut keadilan, maka rakyat perlu zahirkan kebenciannya terhadap ISA dan mendesak Kerajaan bertindak segera mansuhkan ISA. Tindakan populis dan berlengah-lengah oleh Kerajaan mesti dihentikan. Rakyat tidak harus terpedaya dan membenarkan amalan begini berterusan.

13. Himpunan MANSUH dianjurkan sebagai kesinambungan pelbagai usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini dalam membawa kesedaran tentang kezaliman ISA, membela nasib tahanan dan keluarga, membongkar kezaliman ISA dan mendesak Kerajaan untuk membebaskan tahanan, memansuhkan ISA dan menutup Kem Kamunting sehinggalah membawa kepada pembebasan ramai tahanan ISA dan janji kerajaan untuk mengkajisemula ISA.

14. Beberapa program akan dianjurkan menjelang Himpunan tersebut. Antaranya jelajah ceramah seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum, pengumpulan tandatangan, petisyen on-line dan sebagainya.

15. Himpunan MANSUH menganjurkan Himpunan besar-besaran bagi menyeru dan menggembleng seluruh warganegara Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat, budaya, bangsa dan agama yang cintakan keadilan, kebenaran dan keamanan rakyat untuk turut serta berhimpun pada 1 Ogos 2009 bagi menyatakan sikap tegas kita terhadap ISA. Bersama memansuhkan ISA dan membebaskan bumi Malaysia daripada kezaliman!

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta – Kem Guantanamo Malaysia!

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

22.6.09

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Berita penuh di sini



Catatan London



  1. Balik dari London. Aku dengar balik rakaman perbincangan dengan Tuan Guru. Lebih sejam perbincangan itu.
  2. Satu demi satu aku dengar berkali-kali rakaman itu. Ada perkara baru dan ada yang lama diberitahu oleh Tuan Guru Presiden. Yang lama, aku tak mau ulang lagi.
  3. Konsep Kerajaan Perpaduan adalah idea Presiden PAS yang harus dilihat latar belakang mengapa idea itu dilontarkan. Seperti juga idea Projek 16 September. Idea Anwar Ibrahim sendiri. Rahsia dalam rahsia (istilah aku). Prinsipnya bagi Tuan Guru, mestilah menguntungkan Islam.
  4. Dalam siasatan oleh beberapa ahli Parlimen PAS, antara lima ahli Parlimen BN yang hendak menyokong Projek 16 September, tidak menyakinkan.
  5. Pertemuan dengan pimpinan Umno selepas PRU 12 samada secara gelap atau terang, itu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan juga beberapa pimpinan PAS. Yang gelap, diterang-terangkan. Yang terang, digelap-gelapkan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab. Hati sudah gelap.
  6. Mengapa boleh berlaku begini? Sebab ada `orang kita’ lebih senduk dari kuah (istilah aku) bila melihat idea orang lain. Kagum dengan parti lain. Ghairah dengan undi bukan Islam semasa PRU 12.
  7. Ada ‘cerita lain’ yang timbul daripada isu idea Kerajaan Perpaduan. Idea itu dijadikan alasan untuk menimbulkan keributan dalam parti. Cerita lain. Tuan Guru kata, kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Ada kesilapan. Cuma jangan kesilapan diselesaikan dengan kesilapan lain.
  8. Apabila aku minta pimpinan PAS lebih bijaksana dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Tuan Guru bersetuju benar. Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu!'
  9. Itu sahaja. Bacalah dengan jiwa yang tenang, lapang dan berhikmah.

Catatab oleh Muhaimin Sulam

Panduan dan peringatan untuk penulis dan Blogger

From: Hanafiah Ismail
Subject: Panduan dan peringatan untuk penulis dan Blogger
To:
Date: Sunday, June 21, 2009, 9:01 PM

Salam, terjumpa kat satu laman

kut-kut ada yang boleh dikongsi bersama:
 
Ikutilah panduan yang dikemukakan oleh Ustaz Mustafa Masyhur selaku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.

Pemberita Muslim Contoh.
1. Yang dikehendaki dengan pemberita muslim contoh ini ialah mereka yang mahir dalam kerjanya dan berpegang dengan adab-adab Islam, mengambil berat dengan berita yang benar dengan tidak dikurangkan atau ditambah-tambah atau diubah dari keadaan yang sebenar.Analisanya hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta memberi gambaran yang sebenar dan jauh dari mencaci dan menyakiti orang lain.

2. Ianya hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan yang tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak bermujamalah atau takut.

3. hendaklah ia bertimbangrasa ; bagi yang berbuat baik, hendaklah dikatakan kepadanya baik, dan yang berbuat jahathendaklah dikatakan jahat dengan bahasa yang lembut dan dapat diterima olehnya.

4. Jangan menggunakan bahasa yang mendekatkan diri dengan orang yang berkuasa dan jangan jiga menggunakan bahasa yang mempengaruhi atau berbentuk ancaman.

5. Pemberita hendaklah bijak manghubungkan isu-isu dan berita yang ditulis dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa agama Allah meliputi segala bidang kehidupan , berperanan  disetiap tempat , mengarah , menghukum dan menyelesaikanya.

6. Ia hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah masyarakat yang dihadapi, bersama-sama dengan perasaan mereka, dan bekerjasama didalam menyelesaikan masalah masyarakat secara Islam dengan orang yang ahli dalam bidang itu.

7. Ia hendaklah sedar tentang apa yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam dan talibarut mereka yang menentang Islam dan gerakan Islam. Ia hendaklah membatalkan segala pembohongan mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara yang baik.
Sementara itu dalam bab Penulisan pula Ustaz Mustafa Masyhur menghidangkan kepada kita seperti berikut:

Penulis Muslim Contoh .


1.Hendaklah bijak didalam memilih tajuk yang sesuai didalam dakwah, menghuraikan tajuk tersebut dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia serta boleh memberi kesan yang dikehendaki.

2. Yang dikehendaki penulis Muslim contoh ialah berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham.Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan di ditanggungnya jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan tulisan yang salah itu.

3. Penulis Muslim yang mempunyai bakat didalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanafaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan Islam ini diharapkan tidak ada ruang didalam bidang penulisan / sebaran am ini yang tidak dimanafaatkan dan diambil faedah darinya itu.

4. Cerpenis Muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesanya.

5. Penyair/ karyawan Muslim contoh yang memberikan sumbangan melalui karyanya didalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid/sajak yang menimbulkan semangat berjuang dikalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana nasyid/ sajak juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.

Semoga dengan sedikit peringatan yang dikutip dari Ustaz Mustafa Masyhur ini dapatlah kiranya untuk penulis dilaman ini menjadikan sebagai asas panduan didalam menulis.

21.6.09

Sempena 100 Hari Himpunan PPSMI

Malam tadi, dapat maklumat Ketua Pemuda PAS Johor, merangkap Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat bersama 7 yang lain di tangkap ketika mengedar risalah PPSMI yang tidak mempunyai nama penerbit dan pencetak. Walau bagaimanapun, mereka semua di bebaskan beberapa jam kemudian.
Sedar tak sedar rupa-rupanya 15hb yang lepas, genaplah 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac yang lalu.Mungkin ramai yang tidak tahu, kenapa PPSMI di lihat begitu jelik bkan sahaja oleh masyarakat umum yang mengikuti perkembangan PPSMI, tetapi juga sejumlah besar sasterawan dan pencinta bahasa.
Di antara 15 sebab utama PPSMI menjadi isu penting negara adalah

1. Langgar Perlembagaan Malaysia Perkara 10(4)
2. Langgar Perlembagaan Malaysia Perkara 152
3. Langgar Perlembagaan Malaysia Perkara 159
4. Menghina Kedaulatan Raja-Raja Melayu
5. Bercanggah dengan Akta Pendidikan (1996)
6. Bertentangan Dengan Penyata Razak (1956)
7. Memudaratkan Pelajar Luar Bandar (Desa)
8. Membazir Wang Rakyat
9. Menjatuhkan Martabat Bahasa Ibunda
10. Bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971
11. Bercanggah denagn Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
12. Bertentangan dengan Penyata Rahman Talib (1960)
13. Bertentangan Dengan Akta Pelajran (1961)
14. Bertentangan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
15. Membunuh Bahasa Melayu

Semoga keputusan yang dibuat oleh Kerajaan nanti akan mengambilkira semua pendapat umum termasuk para pendemostrasi yang tisak berganjak walaupun ditembak dengan puluhan gas pemedih mata dan di sembur dengan air kimia. Dan semoga usaha yang tidak seberapa ini akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan dan memartabatkan bahasa Ibunda.

20.6.09

Penjelasan Ustaz Ahmad Awang - Isu Kerajaan Perpaduan

Penjelasan menarik dari blog Ustaz Ahmad Awang



Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?
Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. Ianya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu. Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-sembang sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu. Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sahaja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Untuk bacaan seterusnya, sila ke blog ustaz Ahmad Awang


Migration Successful!!!


Network Migration has been declare successful. There is Haji Dollah (in blue shirt), also from Juniper, is still discussion to improve network performance


Phase II - Network Migration Verifications.


Phase II - Network Migration Verification


Some of them very concentrate doing their job.


Wow! Rahman has been caught sleeping on his chair.


Erk! Ada jugak yang tidur depan komputer... :)



19.6.09

Network Migration...


Jam 7.45 mlm. Persiapan untuk network migration. Erwin Darmawan antara yang sampai awal.


Giorgio Migliarina, CTIO turur hadir


Semua tengah khusyuk dan sedang menanti jam 12 tengah malam


Turut serta Albert Fu, Juniper Professional Services Engineer, kelahiran Sabah, sekarang menetap di Sydney.


Jam 11.40 mlm
Meja berselirat dengan UTP kabel..
Another 10 minutes to go..
Doakan semuanya berjaya.. amin




Kuliah Haraki – Kepentingan Wala’ Dalam Harakah Islamiyyah

KULIAH HARAKI



Ust Idris Bin Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tempat :-
Pusat Komuniti PAS Putrajaya, Presint 15 (Diplomatik)
(Berhadapan dengan Mydin Putrajaya)
Tarikh :
20 Jun 2009, Jam 10 pagi (esok)



Ahli PAS diminta bertenang, tunggu arahan rasmi

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Oleh :
Ustaz Idris Bin Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

p/s: Kuliah haraki oleh Ustaz Idris, akan diadakan esok pagi, jam 10 pg di Pusat Komuniti PAS Putrajaya, Presint 15. Boleh berhubung terus dengan Setiausaha PAS Kawasan, 019-3355357



MARI BOIKOT MEREKA SEHINGGA...

Atas sebab bertindak di luar batas sebagai ahli jamaah Islam. Saya merasa terpanggil untuk berkongsi dan mengajak kawan-kawan sekalian untuk memboikot program-program anjuran mereka yang melibatkan semua 10 ahli parlimen yang mensensasikan lagi isu Kerajaan Perpaduan.



Tindakan 10 Ahli Parlimen yang kebanyakkannya AJK Pas Pusat melanggar adab parti dan berniat jahat ketika mengemukakan memorandum bantahan itu secara terbuka kepada media. Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit dimedia kerana mereka boleh gunakan hak mereka sebagai AJK untuk bantah perkara berkenaan dalam mesyuarat Pas pusat Ahad ini.

Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan dan mewujudkan persepsi buruk ahli seolah-olah AJK Pas Pusat mensabotaj idea Presiden tanpa beri Presiden peluang untuk menjelaskan idea beliau.

Tindakan mereka juga, tidak dibincang diperingkat Kawasan terlebih dahulu, tetapi menggunakan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen dan ini tidak selari dengan pandangan pimpinan kawasan yang bersetuju bahawa isu ini dibincang secara tertutup melalui mesyuarat Pas Pusat Ahad ini dan mesyuarat Pakatan Isnin ini.


Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut: Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa), Dr Mohd Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Tuntutan untuk memohon maaf kepada Presiden dan seluruh ahli PAS harus dibuat seberapa segera. Tindakan mereka bukan sahaja mengelirukan kebanyakan ahli tetapi juga mengeruhkan lagi suasana yang telah keruh


18.6.09

'Dakwah PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun'

Nampaknya Pemuda PAS lebih matang berbanding 10 ahli parlimen PAS yang masih tetap memainkan isu kerajaan Perpaduan, walaupun arahan dari pimpinan untuk menghentikan perdebatan secara terbuka isu Kerajaan Perpaduan, dan pernah di tegaskan sendiri oleh salah seorang dari 10 ahli Parlimen terbabit beberapa hari lepas menerusi Malaysiakini.

Jawapan dalam temubual ini telah menunjukkan kematangan Ketua Pemudanya yang baru bila berhadapan dengan media.

Ana pun hairan dengan tingkah laku sebahagian kepimpinan PAS yang seolah-olah tidak sabar dan seolah-olah ingin menonjolkan diri bahawa merekalah yang sebenarnya berada di pihak yang benar dan Presiden PAS berada di pihak yang salah.

Berikut sedutan wawancara bahagian pertama Malaysiakini dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. Wawancara penuh bahagian satu boleh di ikuti di sini


Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan, dari segi prinsipnya, ustaz secara peribadi melihatnya bagaimana?

Pada 11 Jun yang lalu, PAS pusat telah mengadakan mesyuarat. Dan kita telah mengambil satu persefahaman atau keputusan untuk menghentikan polemik isu kerajaan perpaduan sehinggalah satu muzakarah politik diadakan di peringkat parti.

Maknanya, satu mekanisme yang diambil oleh parti untuk menyelesaikan masalah atau untuk mengambil tindakan lanjut ekoran idea yang dilontarkan Presiden (PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Muzakarah itu (nanti) akan dibincang secara lumat dari pelbagai aspek - dari segi hukumnya (kerajaan perpaduan), kesesuaian politik dan sebagainya.

Selepas itu, barulah presiden akan membuat pengisytiharan, apa langkah (PAS) seterusnya. Buat masa ini, (kerajaan perpaduan) hanyalah gagasan idea, pemikiran atau ijtihad politik Datuk Seri presiden dan ia terbuka kepada perbincangan.

Manek Urai tanpa poster Hadi ??

Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS negeri Nasir Daud berkata strategi "melokalisasi" kempen parti itu kerana Umno akan menggunakan pendekatan "menasionalkan" kempen mereka. Berita lanjut boleh di lihat di sini

Persoalan yang penting, kenapa dlm suasana kita menolak berbincang dengan UMNO, tapi 'mereka-mereka' yang tidak menyukai UMNO menggunakan segala peluang yang ada untuk melihat PAS bukan sahaja berbeza dari sudut dasar tetapi juga dari sudut tindakan.. Yang malangnya, 'mereka-mereka' ini pula sanggup mendedahkan segala kepincangan dalam PAS yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka kepada media milik UMNO.

Begitu juga, cadangan Kelab Penyokong PAS Kelantan, Saudara Yap Kok Seng, yang dilaporkan berkata, kehadiran mereka hanya akan 'mengelirukan pengundi' dan penyokong PAS adalah suatu hujjah yang dangkal. Adakah perlu tindakan sebegini dalam suasana PAS tidak memilik media rasmi yang mantap untuk menjelaskan isu, Kelab Penyokong telah bertindak menutup peluang bagi menjelaskan isu dengan menolak kehadiran pimpinan PAS yang tidak sebulu dengan segelintir pemimpin PAS Kelantan.

Saya percaya pada ketika ini UMNO BN sedang bersorak besar dengan kenyataan-kenyataan yang di timbulkan oleh 'mereka-mereka' yang seangkatan dengan beliau.


Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

Semalam, selepas artikal ini keluar dalam malaysiakini, saya terus menghubungi Tuan Haji Wan Abdul Rahman, Pengarah CERI PAS Pusat, bertanyakan pendapat beliau tentang suasana yang berlaku akhir-akhir ini yang menimpa Jamaah Islam PAS. Lantas beliau meminta ana untuk sebarluaskan artikal yang beliau tulis dalam harakahdaily pada hari yang sama bagi menjernihkan kekeruhan yang timbul. Semoga artikal ini dapat menjelaskan suasana serta mampu memperkukuhkan saf Jamaah yang sama-sama kita dokong dan sayangi. Semoga Allah meletak kita semua di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa.

Oleh : Wan Abdul Rahman Wan AB Latif

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan.

Tulisan penuh beliau boleh di ikuti di harakahdaily


TIDAK SALAH MEMINTA SISTERS IN ISLAM DISIASAT

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk “ Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut ( lihat m/s 8 dan 9 )

“ Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford (Ford Foundation) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai. Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang “jenis bertudung (Tudung type”) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist (golongan yang kabur). Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut. Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya (untuk bertudung )”

Lihat sendiri pengakuan dari mantan pengasas SIS terhadap tindakan SIS berhubung pemakaian tudung.

Artikal penuh boleh diikuti di blog Peguam PAS


16.6.09

Dr. Fathi Yakan di dalam kenangan...

Oleh MS RIZAL

‘Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan. Ianya bukanlah bererti menyerahkan tugas itu kepada mana-mana generasi tanpa punya ciri-ciri khas. Tetapi hendaklah dipastikan bahkan dituntut supaya generasi itu mempunyai ciri-ciri Islam, berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam. Tetapi malangnya mereka dipergunakan untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda. Tetapi pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Pemuda yang tiada peribadi bersifat seperti kera. Pemuda yang tidak mempunyai akhlak lebih dekat dengan binatang. Pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan. Pemuda pondan yang tiada kebaikan di dalam diri mereka. Tetapi ternyata keberkatan itu datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya.’

Tulisan ini amat memberi kesan buat diri saya. Inilah buat tangan ulama’ terkenal Ikhwanul Muslimin Lubnan; Dr. Fathi Yakan.


Ulama’ yang dikenang.

Ulama’ apabila ia mati, bukan jasadnya sahaja yang ditanam. Tetapi ilmunya juga turut ditanam bersama-sama.

Saya diberitakan bahawa Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia semalam. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Lantas saya menggesa jemaah untuk sama-sama solat jenazah ghaib untuknya. Sunnah Nabi SAW di dalam menghormati orang yang berjasa.

Semoga Allah mencucuri rahmat buatnya dan menjadikannya sebagai syuhada’ di dalam perjuangan agama Islam ini. Sesungguhnya pemergiannya mendatangkan kesan yang mendalam buat para pendakwah, harakah islamiah, penulis dakwah dan buat umat Islam yang cintakan ad-Dinnul Haq ini.

Sedikit latar belakang Al-marhum.

Dr. Fathi Yakan telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, Lubnan. Isterinya bernama Dr. Mona Haddad Yakan. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 4 orang puteri dan seorang putera.

PhD yang diperolehi beliau adalah di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab. Apa yang menariknya B.A dan M.A nya adalah di dalam bidang kejuruteraan. Allah telah mengurniakannya akal yang cerdas dan tangan emas kepada beliau. Hasilnya beliau telah menulis banyak karya-karya Islami yang menggegarkan pemikiran dunia Islam.

Ziarah awalnya bertemu Dr. Mustafa As-Siba’ie Rahimallah di Syria telah menjana azam yang bergermelapan buat dirinya bersama lebih kurang 50 orang yang turut serta. Lantas mereka mempelopori gerakan pembaharuan Islam di Lubnan.

Antara bukunya yang terkenal dan dijadikan asas oleh ramai jemaah ikhwan di seluruh dunia adalah ‘Maza Yakni Intima il-Islam’ yang bermaksud ‘Apakah ertinya saya menganut Islam?’ Buku ini mengupas erti Islam buat ummah dalam keadaan yang ringkas dan mudah difahami.

Golongan sasaran beliau adalah pemuda dan pemudi. Beliau sedar golongan ini adalah aset yang amat bernilai bagi menyambung tugas yang pernah disandang oleh para sahabat Rasulullah SAW yang majoritinya terdiri daripada golongan pemuda. Ini disebabkan tenaga dan kesungguhan yang mereka miliki adalah melebihi golongan tua.

Tahun-tahun akhirnya beliau bergiat sebagai ahli politik kerana melihat pentingnya daei hadir ditengah-tengah masyarakat. Harakahnya juga pernah ditentang, malah beliau pernah dipenjarakan. Tubuhnya pernah diseterika sehingga seluruh badannya menjadi remuk. Ada berpendapat umurnya lebih muda daripada tubuh badannya akibat seksaan yang menimpa beliau.

Buat Dr. Fathi Yakan…
Bersemadilah dengan tenang di alam sana, sesungguhnya umurmu banyak dihabiskan kerana memikirkan masalah umat ini. Semoga Allah memberikan balasan yang syurga yang tiada tolok banding nikmatnya kepadamu dan juga kepada kita semua.

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (Surah al-Fajr, 27-30)

*Rujukan: Tokoh-tokoh gerakan Islam abad moden, karya Zainuddin Hashim dan Riduan Mohammad Nor.

57000, Kuala Lumpur,
14 Jun 2009/20 J’Akhir 1430H
http://msrizal.blogspot.com/



15.6.09

Bila Profesional dah tak profesional lagi..

Zaman anak-anak dulu, bila terjumpa sesuatu semasa bermain kami akan berkata ‘cup’. Sesiapa yang berkata ‘cup’ paling awal barangan itu menjadi miliknya.

Begitu juga bila letih dikejar dalam permainan acilut, kami akan berkata ‘cup’ untuk membolehkan duduk dan berehat sekejap sementara menunggu kita dihidupkan oleh kawan-kawan yang tidak ‘cup’.

Sama juga halnya bila kita tersilap melakukan sesuatu dalam permainan seperti tersilap meneka orang yang bersembunyi ketika main-main sembunyi-sembunyi. Kesilapan itu ditebus dengan perkataan ‘cup’.

Itu permainan zaman anak-anak.

Pas Shah Alam yang diketuai seorang profesional dilaporkan akan menarik balik ungkapan ‘mengharamkan’ dan digantikan dengan ‘berbincang’ dalam usul yang diluluskan muktamar mengenai SIS.

Alasannya,usul itu dihantar secara tergesa-gesa dan bukan versi terakhir. Usul itu belum sempat dipinda dan dibincangkan di peringkat kawasan kerana mesyuarat agung tahunan kawasan itu diadakan dua hari sahaja sebelum tarikh tutup.

Soalan popularnya ialah, mengapa perlu tarik balik? Kenapa sekarang perlu ditarik balik? Adakah ditarik balik kerana desakan pihak-pihak tertentu? Ditarik balik kerana kepentingan siapa? Kalau tidak ditarik balik, Pas akan ditimpa bencana besar? Kalau ya, apa bencana itu?

Saya menjangkakan kawasan Pas yang diketuai profesional tentu semuanya diurus secara profesional. Profesional mengikut kefahaman orang yang tidak profesional ialah teliti, matang, cekap, telus, masak, memuaskan, berjangkauan jauh, berisiko rendah dan apa-apa lagilah.

Namun apabila dimaklumkan Pas kawasan yang berketuakan profesional itu bermesyuarat agung dua hari sahaja sebelum tarikh tutup, usulnya tidak disemak dengan teliti sebelum dihantar, dihantar tanpa diperhalusi, itu terkeluar daripada kriteria pengurusan profesional.

Muktamar Pas berlangsung selama tiga hari. Walau pun mungkin helaian usul diserahkan kepada perwakilan pada hari usul bakal dibahaskan, mengapa usul itu tidak dipinda pada hari itu? Mengapa sekarang? Adakah tiada seorang pun perwakilan dari kawasan pimpinan profesional itu mampu menghidu asap yang bakal terbit daripada usul itu?

Mengapa boleh jadi begitu? Sedangkan kawasan yang diuruskan oleh bukan profesional tidak berlaku begitu pun.

Saya fikir usul itu tidak perlu ditarik balik atas apa keadaan pun. Sama ada usul itu diterima untuk ditarik balik atau tidak oleh Pas pusat, ia tidak perlu ditarik balik.

Habis apa yang perlu profesional yang mengetuai Shah Alam itu buat?

Ya, berhadapan dengan SIS secara profesional. Bukankah ketua Pas Shah Alam itu profesional? Anjurkan dialog, kemukakan hujah mengapa usul itu dikemukakan, tampilkan dalil daripada seerah bahawa SIS perlu berubah dan usul yang dibawa kawasan itu adalah benar.

Tampilkan bukti bahawa tindakan yang paling benar ialah SIS diharamkan kalau SIS masih bersuara dan berpendirian seperti pendiriannya sebelum ini. Itu baru dikira profesional.

Kalau ditarik balik, bayangkan persepsi orang-orang yang bukan profesional terhadap profesional.

Saya ulangi, tak perlu tarik balik. Berhadapanlah dengan SIS secara profesional.

Kecuali, kalau profesional menganggap menarik balik usul adalah profesional, maka silalah teruskan.

Tapi hati kecil saya akan berdetak, “Rupa-rupanya profesional pun tidak profesional juga. Profesional pun sudah pandai ‘cup’?”

Dikirim Oleh Zolkharnain Abidin pada 16:01:00

Disunting dari : http://penawarrinduku.blogspot.com/



14.6.09

Perginya Tokoh Gerakan Islam Ulung

Disaat umat Islam seluruh dunia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, kita dikejutkan dengan hilangnya sebutir lagi mutiara berharga bagi gerakan Islam dunia. Website http://www.ikhwan-jor.com/ hari ini melaporkan kematian Al-Fadhil Ust Fathi Yakan , tokoh Ikhwan yang menggerakkan dakwah di beberapa buah Negara Arab seperti Lubnan dan lain-lain semalam.

Ust Fathi Yakan meninggal dunia ketika umurnya mencapai 76 tahun dan separuh dari umurnya dihabiskan dijalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Beliau lahir pada tahun 1933. Beliau yang sinonim dengan karya ‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami?” – Apa Ertinya Saya Menganut Islam ‘ dan Abjadiyah Dalam Gerakan Islam sering dijemput ke pelbagai buah Negara termasuk di Malaysia satu waktu lalu dalam rangka membincangkan perkara-perkara berkait masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam.



Qudwah hasanah..?


Bila pejabat PAS bukan kawasan larangan merokok...


Dan dalam suasana kita masih memboikot produk Amerika
dan Isreal.. terjumpa tin coca cola juga di dalam sebuah
pejabat PAS...

Tenang dan Sabar pilihan Presiden PAS?

Oleh: PolisPencen

"Sekarang ini masa semua orang membuat komen dan mengkritik. Ada juga yang suka mencemuh. Teguran membina tak berapa banyak, yang ada semuanya seolah pendapat mereka yang terbaik.

Kadangkala menjadi pelik kerana yang mengkritik datang daripada pihak pimpinan yang sepatutnya kita homati. Perbezaan pendapat adat dalam berjamaah tetapi mengambil jalan untuk mengeruhkan suasana bukan jalan terbaik.

Sebagai forumer di alam maya, bergiat dalam banyak laman-laman forum saya melihat dan membuat analisis yang secara rawak, pendapat, idea dan pandangan.

Secara amnya saya cukup kagum dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Saya ulangi saya cukup kagum dengan TGHA. Fullstop

Kenapa?

Pelbagai isu melanda, TGHA tidak memilih media kerajaan sebagai sumber untuk menyatakan pandangannya. Kalau anda seorang yang teliti anda akan memerhati bahawa setiap kenyataan besar beliau akan dan hanya boleh diperolehi secara terperinci dalam akhbar-akhbar rasmi parti.

Berbeza dengan tuan-tuan guru yang lain yang terikut dengan emosi pengikut atau lebih buruk lagi terikut dengan akhbar dan saraf musuh.

Saya kagum dengan ilmu dan pengalaman TGHA kerana itu tidak sia-sia beliau cukup terkenal di luar negara. Ilmu dan Master beliau dalam bidang politik siasah juga tidak sia-sia.

Beliau selalunya tenang dan mengambil jalan yang mudah dalam menyelesaiakan sebarang masalah. Tidak menggunakan akhbar UMNO sebagai luahan kenyataan dan emosi perasaan.

Beliau benci UMNO dari segi strategi dan saraf bukan sesetengah kita cakap benci UMNO tapi saluran UMNOlah menjadi luah perasaan hingga terjerumus dalam strategi musuh secara halus. Benci UMNO, tapi berselimut dengan propaganda UMNO. Ini membuatkan saya rasa pelik.

Dalam beberapa isu besar sebelum ini, TGHA tidak pernah menggunakan kedudukannya sebagai Presiden bagi menyerang rakan sejawat walaupun ada sesetengah rakan sejawat menggunakan akhbar sebagai saluran menenang beliau dan idea beliau.

Beliau juga mengambil jalan mengalah dalam semua isu apabila isu perbezaan padangan dilontarkan oleh musuh sama ada musuh luar dan musuh dalam selimut.

Dalam parti perbezaan pedapat adalah perkara biasa. Pasal itu kita perlukan seorang Presiden yang matang, tanang dan sabar. Cukup setakat ini saya akan sambung jika ada yang masih bodoh dalam politik siasah sehingga terheret sama dengan permainan politik..

Nanti ada yang akan memberi komen idea TGHA boleh merosakkan PAS. Orang yang komen ini ahli PAS ke? Jangan mengelirukan antara idea dan situasi.

"

Sumber : http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=380#2232





11.6.09

Migration Meeting




Yang ni confirm tgh senak perut..

Migration Meeting




Semua tgh senak perut..

10.6.09

Kerajaan Perpaduan: Kenapa kita berpolemik?

Oleh : TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Bilamana Presiden mengutarakan gagasan kerajaan perpaduan, ramai di kalangan kita membuat pelbagai tafsiran dan andaian. Ada pandangan terkeluar dari akhlak jamaah dan sebahagian besarnya masih dalam batas berjamaah. Kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan pakatan Rakyat. PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternative bagi rakyat.

Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada presiden disamping mengikuti penjelasan daripadanya. Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya. Saya suka jelaskan bahawa YB Dato’ Sri Presiden akan membuat dan memperhalusi gagasan ini dalam masa terdekat dan satu wacana kepimpinan akan diadakan. Namun bagi mengurangkan sedikit polimik yang sengaja dibesarkan oleh media arus perdana, saya suka menggambarkan beberapa prinsip yang ujud dalam gagasan ini.

Antara asas utama dalam kerajaan perpaduan ini ialah bertolak kepada firman Allah “ dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong Bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. Konsep taawun yang melahirkan muafakat yang disaran oleh Allah menjadi asas dalam pembinaan Negara perpaduan. Kita mesti membina Negara berasaskan kepada al-bir( Kebaikan ) yang meliputi semua elemen kebaikan bagi rakyat. Kita mesti menyedari pembinaan Negara perpaduan tidak akan lahir dari sistem yang kelam kabut, rasuah dan penyelewengan, pimpinan yang tidak berakhlak, sistem yang penuh dengan kezaliman, dan akta yang digunakan bagi menindas rakyat. Apakah al-bir dari sistem begini. Kita mesti letakkan asas al-bir ini untuk kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Asas ini dittuntut oleh Allah, apakah ada diantara kita yang tidak inginkan kebaikan?

Asas kedua ialah taqwa. Negara mestilah menjurus ke arah melahirkan pimpinan yang bertaqwa, agar rakyat yang kita urus bukan hanya selamat melalui al-bir ( kebaikan sistemn Negara ) tetapi mestilah ujud elemen taqwa. Pemimpin mestilah bertaqwa kepada Allah. Asas al bir bersifat umum, tetapi asas taqwa bersifat khusus bagi pimpinan yang ingin menerajui kepimpinan Negara perpaduan. Semua parti p[olitik yang pimpinannya terdiri dari mereka yang menerima Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul hendaklah sedar bahawa kehidupannya tidak berakhir di dunia. Bagaimana kita ingin melahirkan rakyat yang baik, seandainya kita sendiri bergelumang dengan dosa dan maksiat. Kepimpinan gagal menjadi model bagi rakyat, isteri pimpinan menjadi elemen yang meruntuhkan akhlak dan jati diri bangsa. Hidup tanpa batasan agama dan kawalan wahyu. Negara yang baik lahir dari kepimpinan yang baik, dan taqwa adalah asas bagi semua kebaikan. Rakyat mestilah menyedari betapa Negara kini sangat-sangat memerlukan pemimpin yang bertaqwa bagi memandu Negara.

Kami menawarkan asas yang Allah menyuruh kita berpegang; apakah ada panduan yang lebih baik dari panduan Ilahi?. Apakah parti-parti politik bersedia kearah itu, dan seandainya tidak bersedia apakah alasan dihadapan Allah nanti di akhirat bila Allah meminta kita menjelaskan kenapa dan mengapa.

Asas ketiga ialah kita menyatakan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam pembentukan kerajaan ini sabuah kerjasama kearah durhaka kepada Allah. Konsep al-ism yang sangat luas menjadi sempadan pembinaan kerajaan perpaduan. Kita sebagai pimpinan mesti berusaha agar rakyat tidak terdedah kepada dosa dan maksiat. Kita perlu membina Negara yang soleh melalui pemimpin dan rakyat yang soleh. Kita mesti meletakkan asas utama agar semua elemen yang mendatrangkan dosa bagi rakyat dihapuskan; kerana kebaikan tidak akan lahir dari maksiat dan munkar.

Setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, pelbagai sistem yang mendedahkan dosa dipaksakan ke atas rakyat. Amalan riba yang berterusan, pusat-pusat meksiat diberi ruang yang luas oleh pemerentah, program maksiat mendapat tempat di hati rakyat sehingga lahirlah pelbagai gejala social, jenayah dan penyelewengan. Akibat Negara yang tidak diasas kepada benteng kawalan yang menjadi syarat utama kebaikan bagi rakyat. Inilah syarat kami bahawa kami tidak akan berkompromi dengan perkara dosa dan durhaka kepada Allah yang diizinkan oleh pemimpin Negara perpaduan. Apa makna perpaduan, kelau untuk durhaka kepada Allah, kerana tiada makna kemajuan dan perpaduan kalau ia dibentuk kea rah maksiat dan dosa.

Asas keempat yang dinyatakan oleh Allah ialah kami tidak akan berkerjasama kearah permusuhan. Kita mesti menghentikan sebarang elemen perkauman sempit yang mendorong ujudnya jurang antara kaum di Negara ini. Kecintaan kepada bangsa sendiri adalah fitrah manusia. Islam tidak menghalang setiap kaum menyintai kaumnya, tetapi Islam menentang tindakan zalim kepada kaum lain. Kerana kaum, bangsa dan warna kulit adalah ketentuan Allah, bukan pilihan manusia.

Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan sebarang elemen kearah permusuhan, samada di kalangan kaum melayu, cina, India dan lain-lain. Pertembungan antara dalaman setiap keum akan merugikan Negara. Kita tidak akan membiarkan permusuhan antara orang melayu sebagaimana kita tidak akan izinkan permusuhan sesama kaum India dan cina. Ini asas kita. Tindakan mengapi-api permusuhan, elemen genstarism dan kongsi gelap, gerakan anti perpaduan serta membiarkan jurang kaya dan miskin melampau, elemen penindasan dan kezaliman golongan kaya berpengaruh ke aras rakyat miskin dan tertindas akan menjurus ke arah permusuhan.

Saya ingin tegaskan bahawa inilah antara beberapa asas dalam kerajaan perpaduan. Andainya ada pihak yang menentangnya, apakah alasan kalau inilah yang digariskan oleh Allah dalam konsep al-taawun. Taawun sebagai satu gagasan, bukan hanya terikat dengan taawun fardiyyah; tetapi satu gagasan besar yang hebat dari Allah. Di samping asas tersebut, terdapat beberapa asas lain yang akan dijelaskan kemudian.


7.6.09

Sabar mengajak manusia ke arah kebaikan - Presiden PAS


Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang di dalam ucapan penutupnya mengumpamakan PAS sebagai sebuah bahtera yang kukuh dan selamat walau dilanda pelbagai ombak dugaaan. Islam yang memimpin perubahan kerana hanya Islam yang sempurna dan lengkap. Hanya Islam yang berjaya membina tamadun manusia walaupun pada masa kedatangan Islam, telah wujud pelbagai tamadun lain seperti Rom dan Parsi.

Tugas utama pejuang agama Allah ialah menyelamatkan manusia keseluruhannya. Oleh itu hanya melalui pemerintahan usaha ini dapat dilakukan. Pelbagai pendekatan yang boleh dilakukan dan dibenarkan oleh Islam. Allah mengharamkan umat Islam daripada menyerah kalah, sehingga dibenarkan peperangan dalam usaha mempertahankan Islam.


Namun begitu, pendekatan yang paling utama ialah perdamaian kerana matlamat utama adalah untuk menyelamatkan manusia seluruhnya. Kerana itu, tidak boleh menutup pintu perbincangan dengan mana-mana pihak. Perbezaan yang wujud mestilah ditolak dengan cara yang baik.


Dalam mengajak manusia ke arah kebaikan, pelbagai ujian yang dihadapi. Hanya orang-orang yang bersabar sahaja yang dapat menghayati usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan. Beliau mengingatkan ahli-ahli akan konsep penting dalam jemaah Islam iaitu:


1. Menyuburkan sifat takwa. Ini kerana takwa adalah asas bagi mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.
2. Ketakwaan dan wala’. Islam mengajar kita agar taat kepada pemimpin dalam perkara yang tidak melibatkan maksiat.
3. Ukhuwah atau persaudaraan Islam penting dalam membentuk persatuan tidak kira dalam perkara yang dipersetujui atau dalam perkara yang tidak dipersetujui.

Akhir sekali, Tuan Guru merakamkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang hadir, termasuklah pihak media dan bloggers.

Pengukuhan Pakatan, Islam Memimpin Perpaduan

Muslimat Dai'e Kepada Masyarakat

Ucapan dasar Ketua Pemuda sarat pesanan

6.6.09

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji


TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji


PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)
PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Gambar sekitar Muktamar PAS kali ke 55 semalam.

Mursyidul Am PAS, YAB Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Ir Abdul Arif Fahmi (berbaju kuning) , kawan lama semasa di U, menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan juga merupakan CEO Perbadanan Menteri Besar.


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS yang baru.

3.6.09

Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat.




Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Yang Berhormat Salehuddin Ayub dengan tema Mempersada Perjuangan.



Majlis diserikan dengan bacaan surah As-Sof, dari ayat 1 hingga ayat 14 oleh ust Anuar Hasin, yang merupakan Johan Akademi Al-Quran 2.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50




Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-50 bermula malam ini, 3hb hingga 4hb Jun 2009. Muktamar yang diadakan di Dewan Dato' Haji Fadhil, Taman Melewar bertemakan Mempersada Perjuangan.

Sekitar Demontrasi PPSMI