31.7.09

YB Hamdan Meninggal.

YB Hamdan, Adun Permatang Pasir, Penang meninggal dunia pagi tadi di IJN. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Hari kedua di Sandakan




Bagi memudah kerja berulang balik dari hotel ke 'tempat kerja', hari ni kami dapat sewa sebuah rusa transfomer.. Kalau ikut riwayat, asal rusa dari toyota alphard, tapi setelah bertukar jadi rusa, button nak bertukar rosak. Hehehe...

30.7.09

Permohonan Maaf Utusan!


Semalam permohonan maaf dilihat di dalam Utusan cetak, hari ini sekali lagi kita melihat kenyataan permohonan maaf Utusan Malaysia dibuat kepada Dato' Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan yang juga merangkap Mursyidul Am PAS. Kali ini kenyataan dibuat melalui Utusan Online (Utusan cetak tak pasti pulak)

Kenyataan ini bukan sahaja mampu melenyapkan prasangka buruk dan perpecahan di kalangan ahli Pakatan tetapi mampu memperlihatkan kredibiliti Utusan sebagai media cetak dan elektronik utama di Malaysia.

Dari sudut yang lain, utusan juga dilihat mempunyai wibawa yang tinggi apabila sanggup mengaku kesalahan yang telah dilakukan.

Saya masih menunggu berita penuh kepada permohonan maaf ini dilakukan oleh Utusan dan untuk berapa hari.

29.7.09

Sandakan, Sabah - Hari Pertama



Jalan-jalan cari makan, jumpa pejabat Pasti Sandakan, tak jauh dari Telekom Malaysia dan Hospital Duchess of Kent, Sandakan.



Pasar Sim Sim, Sandakan. Makan Tengahari untuk 6 orang. Lauk Ikan putih bakar, sotong bakar dan Ikan Terubuk bakar untuk makan tengahari sekitar RM40 sahaja.



Pilih ikan sahaja, yang lain-lain datang dalam bentuk pakej. Nyum.. Nyum.. Nyum.. Alhamdulillah

28.7.09

Antara 2 Pendekar ISA...

Antara 2 Pendekar, 1hb Ogos 2009 menjadi saksi

http://3.bp.blogspot.com/_yDg0MSymnd0/SRp9RWtBGpI/AAAAAAAADYE/g7cmM0dx87M/s400/syedibrahim.jpg

VS


(mamat sekor ni aku tak faham, memang sengaja nak bertembung dengan anti-ISA)

25.7.09

Talkshow Bersama Nik Nurmadihah



Sekarang berlangsung program motivasi bersama Nik Nurmadihah di Putrajaya. Hari ni di maklumkan, program terakhir sebelum beliau berangkat menyambung pelajarannya.



Dipilih sebagai Ahli Kehormat Angkatan Belia Cemerlang Putrajaya



Bersama calon-calon SPM 2009 Sekolah Menengah Presint 11, Putrajaya



Bergambar bersama bakal pelajar terbaik SPM 2018

24.7.09

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung



Lokasi di jalan Yang Kalsom, berdekatan dgn Ambank bandar Ipoh. Sempat pekena sup belut !







Inilah dia belut bagi yang belum pernah tengok. Nak cuba masakan belut? Saya sempat pekena sup belut, RM 8. Memang best!

22.7.09

Conan, PDRM dan Suruhanjaya Diraja

Antara

http://www.beikacho.com/conan/images/conan13.jpg

dan

IMG_4756.jpg BB & KPL dari Kuantan image by konvoikmc

Antara kedua hamba Allah ni, walau pun sekadar watak kartun, tapi kemampuan Conan mampu memukau penonton kanak-kanak, termasuklah saya sendiri. Apa-apa pun sama-samalah kita tunggu apa kata kabinet BN nanti.


20.7.09

Ceramah Sirah Isra' & Mikraj Rasulullah SAW (pbuh)

Bersempena dengan Peristiwa Isra' Mikraj Rasulullah SAW.







19.7.09

Seminar Agenda Memenangi P/raya ke 13 UMNO




Salam. Pagi tadi berlangsung Seminar Agenda Memenangi P/raya ke 13 UMNO. Tak pasti kenapa di jemput orang ramai untuk turut serta. Strategi baru kot. Lagi satu dibuat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. Sama-samalah kita tunggu respon PAS Hulu Langat.

17.7.09

Manek Urai : Pool mstar Membuktikan Sebaliknya..

Salam,

Walaupun UBN mencanangkan keputusan Manek Urai bukti sokongan rakyat kepada UBN meningkat, namun keputusan tinjauan dari 'poll' mstar menunjukkan sebaliknya. Mungkin ini sebahagian bukti penduduk tempatan terpengaruh dengan janji dan umpanan duit, dan pengundi luar yang terdedah dengan media baru sebaliknya.




Manek Urai - UMNO Menang Majoriti 42 undi ?

Salam, terbaca dalam email sebentar tadi, benar atau tidak, sekadar untuk perkongsian...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengiraan Undi Manek Urai tidak Sah?

KOTA BHARU 16 Julai - Mungkinkah keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak sah dan kertas undi akan dikira semula yang akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN)?


Ia berikutan timbulnya desas desus wujud keraguan pada keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama di mana Barisan Nasional (BN) sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi Selasa lalu.

Ekoran itu, difahamkan UMNO Kelantan telah mengarahkan pasukan perundangannya supaya bersiap sedia membawa kes tersebut ke mahkamah.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan wujudnya sedikit keraguan tetapi menolak wujudnya penyelewengan dalam pilihan raya kecil itu.

''Berdasarkan keputusan yang ada pada wakil BN di peti undi berkenaan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 1,008 undi manakala calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 719 undi dan undi rosak sebanyak 19, oleh itu, kita menang dengan majoriti 289 undi.

''Tetapi ketika pengumuman dibuat di pusat penjumlahan undi, BN hanya menang dengan majoriti 189 undi. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa keputusan tersebut berubah di pusat penjumlahan undi sedangkan di peti undi kita menang dengan majoriti 100 undi," katanya.

Wan Zaid berkata, perkara tersebut perlu diberikan perhatian oleh UMNO Kelantan dan dibincangkan dengan penasihat undang-undang parti sebelum di bawa ke mahkamah.

Katanya, keputusan pilihan raya kecil yang memberikan kemenangan kepada Pas dengan majoriti 65 undi itu juga tidak dapat diterima berdasarkan trend pengundi yang menolak parti tersebut.

''BN menang di lima peti undi berbanding Pas hanya menang di empat peti undi. Kita berjaya menembusi kubu kuat Pas contohnya di Peti Undi Laloh, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru tak pernah dalam sejarah kita menang tetapi kita menang kali ini. Kita juga menang di Temalir dan Manjor.

''Di kubu kuat Pas seperti Peti Undi Peria, kita dapat mengurangkan majoriti daripada kebiasaannya lebih dari 350 undi kepada 88 undi sahaja. Data ini menunjukkan trend pengundi menolak Pas tetapi soalnya kenapa tiba-tiba keputusan penuh diumumkan kita kalah," katanya.

Menurut beliau, perkara tersebut hanya disedari selepas keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi dan mengikut peraturan SPR bantahan hanya boleh dibuat pusat pengiraan undi sahaja.

Katanya, difahamkan ketika di pusat pengiraan undi, semua pihak termasuk wakil Pas menerima keputusan BN menang dengan majoriti 289 undi dan disebabkan itu tidak ada kiraan semula undi dibuat di situ.

''Bila menyedari perkara ini berlaku kita cuba membantah di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra I tetapi ditolak. Mengikut perkiraan saya jika dijumlahkan dengan majoriti sebenar di Manek Urai Lama dan undi pos BN menang kira-kira 42 undi.

"Tetapi saya ingin tegaskan bahawa ini hanya pandangan saya dan bukannya untuk menuduh mana-mana pihak," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, beliau tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai perkara tersebut.

Selasa lalu, SPR telah mengumumkan Mohd. Fauzi memenangi pilihan raya kecil itu dengan mendapat 5,348 undi manakala Tuan Aziz memperoleh 5,283 undi


Siasat SPRM..


Kalau sebelum ini, kes kematian mangsa dalam tahanan selalu terjadi di PDRM, kali ini kes terjadi di SPRM. Nampaknya, bila menjadi mangsa tahanan, nyawa kita dah makin tak selamat. Walau apa pun alasan SPRM, tindakan soal siasat yang dilakukan sehingga jam 4 pagi adalah suatu yang bersifat keterlaluan. Seolah-olah Beng Hock bukan sekadar saksi, tetapi juga orang yang bersalah dalam isu tersebut. Semoga bukan sahaja menjadi pengajaran kepada SPRM, malah PDRM dan juga kerajaan UBN.




16.7.09

Country's Largest Oil Refinery to be In Kedah

Satu lagi kejutan dari Kedah. Semoga Ustaz Azizan mampu membawa Kedah ke landasan yang benar.

Semalam juga sempat berbincang dengan beberapa orang sahabat yang aktif dan tak aktif dalam gerakan Islam PAS dan semua bersetuju untuk melihat dan berharap agar PAS mampu menonjolkan Ustaz Azizan sebagai ikon baru PAS selain Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..

Berita tentang oil refinery di kedah boleh di jenguk kat sini


Wawancara Bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu

PC 1


PC 2


PC 3



65 Undi, Kifarah Untuk PAS

Saya kali ni memang takde kesempatan ke Manek Urai. Walau bagaimanapun, padangan sahabat di dalam tranungkite amat menarik untuk di jadikan iktibar. Walau pun mungin tak 100% betul, tapi kepada yang nak buat muhasabah, bolehlah dijadikan iktibar untuk keseluruhan ahli Gerakan Islam dalam PAS pada masa yang akan datang.

Artikal nie pun menarik juga untuk dijadikan renungan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"65 undi, itulah jumlah majoriti yg dimenangi oleh PAS di dalam pilihanraya kecil Manek Urai. Majoriti PAS merosot jauh lebih kuarang 1287 undi berbanding Pilihanraya Umum.


Saya adalh salah seorang petugas PAS yang bertugas di salah satu peti undi di dalam Manek Urai. Teringat saya semasa bermesyuarat bersama dgn Hj Apandi Mohamad dan YB Hj Wan Ismail.

Di dalam mesyuarat itu, Hj Apandi ada mengingatkan bahawa, kita ingin menang di dalam pilihanraya ini, tetapi bukan sahaj menang, tetapi ingin majoriti kita meningkat,sekiranya majoriti kita menurun, PAS di kira kalah.

Di sini, saya senaraikan beberapa sebab Allah turunkan Kifarah kepada PAS di dalam pilihanraya Manek Urai ini ;

1) Pimpinan PAS Kelantan, sebelum pilihanraya ada usaha menghalang Pimpinan2 PAS yang menyokong Tuan Guru Hj Hadi dari hadir ke Manek Urai.

2) PAS Kelantan juga membuat kenyataan bahawa Poster Tuan Guru Hj Hadi tidak akan di naikkan di Manek Urai. Cikgu Wan Rahim menyatakan bahawa Poster Tok Guru Nik Aziz lebih komersial dr Poster Tuan Guru Hj Hadi. YB Takiyudin menyatakan, PAS Kelantan akan menang hanya dengan menunjukkan Poster Tok Guru Nik Aziz berdoa sambil menitiskan air mata.

3) PAS Kelantan membuat pendirian sendiri tanpa merujuk kepeda PAS Pusat dengan terus menamakan Tok Guru Nik Aziz yg akan mengumumkan nama calon pd hari Pengisytiharan Calon. Sudah menjadi tradisi PAS apabila hendak mengumumkan Nama Calon, Presiden diberi keutamaan utk mengumumkan nama calon. Rujuk Pengisytiharan Calon Pas Parlimen Kuala Terengganu & Bukit Gantang.

4) PAS Kelantan telah menghantar SMS kepada Ust Nasa, menyatakan bahawa Ust Nasa tidak dibenarkan hadir ke Manek Urai sepanjang Pilihanraya Kecil ini berlangsung. Penarikan terhadap arahan ini tidak pernah di tarik balik sehingga Pilihanraya ini tamat.

5) PAS Kelantan juga telah menghantar SMS yg sama dihantar kepada Ust Nasa, kepeda Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi. Namun begitu, Tuan Guru Hj Hadi bertegas, akan hadir juga ke Manek Urai walau apa pun berlaku. Ini menyebabkan PAS Kelantan menghantar SMS penarikan balik larangan tersebut 2 Hari sebelum hari Penamaan Calon.

6) PAS Kelantan memfitnah Ust Nasa. Abdul Fatah Harun memberitahu bahawa Ust Nasa "MALU MATA" utk turun ke Manek Urai. Cikgu Wan Rahim memberitahu, beliau tak tahu sebab apa Ust Nasa tak turun ke Manek Urai. Bukan kah kita ada h/p untuk mengetahui sebab dr Ust Nasa sendiri??? Hakikat sebenar, PAS Kelantan telah melarang Ust Nasa & Ust Nasa KeUzuran.

Cukuplah sya senaraikan sebahagian tindakan yg sgt bercanggah dgn adab islam yg dilakukan oleh Pimpinan PAS Kelantan. Sedarlah, bahawa PAS adalah Parti ISlam, yg tulen. Segala tindakan, wajiblah mengikut Akhlak dan Adab Islam. Segala tindakan yg dilakukan oleh Pimpinan PAS Kelantan ini, hanyalah bersuluh kepada Strategi Politik semata2 dengan mengenepikan semua yg Disuruh oleh ISLAM. Strategi adalah penting, namun ISLAM adalah yg TERPENTING.

Kifarah ini marilah kita jadikan sebagai pengajaran dan muhasabah bg kita, agar memperbetulkan semula niat & cara kita berpolitik. Ambil lah ISLAM itu sbg sesuatu yg perlu kita pegang dan genggam secara erat. Gunakanlah kebijaksanaan yg kita ada tanpa mengenepikan Islam.

Biarlah kita muhasabah diri kita secara jujur, bukan seperti statement Husam Musa, bahawa PAS menang majoriti sedikit kerana BN menggunakan WANG. Bukan kah, di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang BN menggunakan Wang yg banyak???? Majoriti PAS tetap meningkat.

Apakah yg menghalang dr PAS kalah di Manek Urai ;

Disini saya perturunkan sedikit pengalaman saya bertugas selama 4 Hari di Manek Urai. Saya kagum dengan ahli-ahli PAS Kelantan yg sangat komited, bersungguh2 adan bertanggungjawab dalam bertugas. Mengenali nama2 seperti Hj Kabir, Pak Nik We, Mak Su, Pak Su dan yg lain2 sgt mengharukan.

Mereka ini umurnya telah meningkat. Kebanyakannya berumur lebih dari 50 Tahun, namun kudrat mereka mengalahkan kami yg berumur 20-an. Mereka boleh dikatakan bekerja 25 jam dalam sehari. Tidak seperti orang2 yang berada dalam PAS yang mereka ini muda2, tetapi hanya tahu memaki, mencemuh, dan memfitnah Pimpinan PAS. Mereka bersungguh2 menjaga kampung mereka dari ditembusi anasir jahat dr Puteri Umno. Mereka ini tidak mengenal erti penat. Mereka ini adalah orang2 yg IKHLAS dalam berjuang. Mereka ini tidak mengharap langsung Jawatan, Wang aatu apa2 habuan pun. Mereka hanya mahu ISLAM itu menang dan ISLAM itu ditegakkan. Mereka langsung tidak mengeluh & kecewa jika tidak diberikan apa2 habuan @ jawatan. Mereka ini lah yg tergolong dikal;anagn "PEMBANTU2 AGAMA ALLAH".

Saya kira dengan keIKHLASan dan DOA2 dari mereka ini lah yang menyebabkan ALLAH masih memberi kemenangan kepada PAS walaupun dgn majoriti hanya 65 Undi. Jika nak diharapkan kepada PPIMPINAN2 PAS KELANTAN, saya yakin, Allah akan terus mengalahkan PAS dalam pihanraya Manek Urai ini.

Kepada Pimpinan PAS Kelantan, INSAF lah. Kembali lah merujuk kepada ISLAM. Perbetulkan Niat & Cara anda berpolitik. Jadilah anda seperti Pak Nik We, Hj Kabir, Mak Su, dan Pak Su dan lain2 AHLI@ PAS KELANTAN yg IKHLAS berjuang tanpa mengharapkan JAWATAN, WANG dan HABUAN.




15.7.09

Bas RapidKL terhumban




Pemandangan dari tingkap pejabat. Bas Rapid KL terhumban ke lorong motosikal. Berita turut di muatkan di dalam utusan dan berita harian.

Sent from my P1i

14.7.09

Thaksin: Saya dijaga SB M'sia

Bekas perdana menteri Thailand yang dikehendaki di negaranya, Thaksin Shinawatra, mengesahkan beliau menginap semalaman di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini dan mendakwa mendapat perlindungan daripada anggota polis Cawangan Khas.

"Jet peribadi saya singgah untuk mengisi minyak di Malaysia dan mereka menghantar 20 anggota polis untuk mengawal saya.

"Mereka sayang dan mengambil berat tentang saya," katanya seperti laporan akhbar The Nation yang memetik perbualan telefon beliau dengan stesen FM 97.5 di negara itu pagi semalam.

Awal bulan ini adalah kali pertama Thaksin dikesan berada begitu hampir dengan Thailand sejak beliau melarikan diri tahun lalu.

Pihak berkuasa Thailand sebelum ini dilaporkan berkata Thaksin berada di Malaysia pada 4 Julai lalu dan berlepas ke Fiji pada hari berikutnya sebelum sempat pihak polis bertindak.

Thaksin pulang ke Dubai, Jumaat lalu.

Awal minggu lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thawon Sennian dilaporkan berkata, Thaksin berjaya melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia sewaktu berada di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Thaworn dilaporkan berkata, dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.

"Pegawai-pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadiran Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan berjaya melepaskan diri," Thaworn dipetik berkata di Pattani pada 6 Julai lalu.

Thaworn bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai insiden itu berlaku.

sumber : malaysiakini


Diari Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, MB Kelantan



Open Dialogue with YB Khalid Samad in London



14 siri dialog YG Khalid Samad di London Sabtu lepas, 11 July 2009


13.7.09

Cukuplah satu "Natrah Riots" - Roslan SMS

Saya mula mendengar cerita tentang Natrah, kira-kira 20 tahun yang lalu, ketika itu kakak saya membawa balik artikal dari sekolah agamanya berkaitan dengan suatu isu yang saya sendiri tidak pasti (Mungkin isu Murtad). Mungkin juga kerana jarak rumah saya dengan rumah ibu angkat Natrah hanyalah kira-kira sejam perjalanan, menjadikan isu Natrah suatu isu yang utama di Terengganu ketika itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cukuplah satu “Natrah Riots”

Kira-kira 59 tahun lalu bumi Melayu luka berdarah apabila di hadapan mata mereka peristiwa “paksa murtad” berlaku dalam keadaan mereka tidak berdaya menghalangnya. Umat Islam yang prihatin ketika itu termasuklah masyarakat India Muslim sekadar mampu meluahkan kemarahan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan akhirnya tercetuslah rusuhan agama yang pertama iaitu yang dikenali sebagai “The Natrah Riots” di Singapura bermula 11 Disember 1950 sehingga 13 Disember.

Beberapa hari lalu kita mendapat perkhabaran bahawa Maria Bertha Hertogh atau Natrah telah meninggal dunia di Belanda. Maria atau Natrah inilah punca ketegangan lebih 50 tahun lalu sehingga Almarhum Dr Burhanuddin al Helmi (kemudiannya menjadi Presiden PAS), dan sahabatnya Karim Ghani (pemilik Muslim Publisshing House, Singapura) dan beberapa pimpinan masyarakat Islam Singapura terpanggil untuk menubuhkan suatu badan bertindak bagi membela Natrah dan ibu angkatnya Che Aminah Muhammad atau Mak Minah.




Inilah antara gambar yang telah mencetuskan
malapetaka "Natrah Riots"


Badan ini mendapat sokongan dan simpati dari masyarakat Islam antarabangsa termasuklah dari Arab Saudi, India dan Indonesia. Ahmad Ibrahim (kemudiannya Prof Ahmad Ibrahim – Allahyarham) dari SC Goho and Co telah diambil membela Natrah dan Mak Minah.

Ringkaskan cerita pada bulan Disember 1950 itu Mahkamah Rayuan di Singapura memutuskan yang Natrah diserahkan kepada keluarga Roman Katholik Belandanya dan perkahwinannya dengan Mansor Adabi dianggap tidak sah, mahkamah Cuma mengambil masa 5 minit untuk membuat keputusan itu.

Sebelumnya Natrah telah ditahan disebuah “convent” dibawah selia paderi-paderi Roman Katholik sehingga apabila gambar-gambarnya diterbitkan oleh akhbar tempatan, masyarakat Islam menganggap bahawa pihak penjajah telah bertindak biadap dan menghina keterlaluan umat Islam sehingga ada yang menuntut agar diisytiharkan perang jihad di Singapura. Akhbar Singapore Standard bertarikh 5 Disember 1950 contohnya membawa tajuk:

“Bertha knelt before Virgin Mary statue”

Isunya di sini adalah “murtad paksa” dan malangnya kini hampir 60 tahun berlalu, bahana murtad dan murtad paksa ini masih berlarutan malah berpuluh-puluh Natrah telah datang dan pergi. Ini berlaku dalam keadaan penjajah asing telah lama meninggalkan kita dan kemerdekaan lebih setengah abad telah diserahkan kepada anak-anak bangsa.

Apa sudah jadi?

“The Natrah Riots” di Singapura berlaku secara spontan dan malah bukan pun diarahkan oleh Badan Bertindak yang diketuai oleh Dr Burhanuddin. Akibatnya 18 orang telah terbunuh dan 173 tercedera. Akibatnya juga seramai 778 telah ditangkap oleh penjajah termasuklah Dr Burhanuddin, 509 kemudiannya dibebaskan, 200 didakwa (dengan 25 bebas), 100 dihukum penjara dan 5 dijatuhkan hukuman mati (walaupun kemudiannya atas inisiatif Almarhum YTMTunku pada 25 Ogos 1951 hukuman ke atas kelima-lima ini diringankan kepada penjara seumur hidup).

Kita tidak perlu merusuh, berbunuhan, cukup atas kesedaran umat Islam khasnya mereka yang pada tangannya punya kuasa, perkenalkanlah undang-undang dan peraturan bagi menghalang sama-sekali kejaidan yang sama. Maruah dan harga diri umat Islam dan agamanya perlu dibela dan dipertahankan, jangan sampai tercetus suasana yang merugikan semua pihak. Cukuplah dengan satu “Natrah Riots”, segeralah bertindak.

petikan dari http://n32.blogspot.com


Antara dua Jambatan...

Penduduk Manek Urai Lama tentu sudah matang dan faham akan kerenah politik Barisan Nasional. Isu Jambatan Kedua Yahya Petra juga mungkin menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Manek Urai Lama apabila ingin berurusan di bandar Kota Bahru.



Esok akan menjadi penentuan, Manek Urai menjadi milik siapa. Sejarah telah menuntukan Manek Urai merupakan kubu tradisi PAS dan hanya sekali sahaja jatuh ke tangan Barisan Nasional pada tahun 2004.

Semoga Allah menetapkan hati-hati penduduk Manek Urai untuk terus istiqamah dengan PAS.


10.7.09

Kemelut PR Kedah temui jalan keluar



Ahkirnya kemelut PR kedah selesai. Walau bagaimanapun sikap DAP Kedah benar-benar dilihat bersifat keanak-anakkan. Penyelesaian dibuat selepas pertemuan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Apa-apa pun semoga kemelut yang terjadi menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada semua dan semoga lebih mendewasakan pakatan dimasa hadapan.

Sedarlah kita tentang peranan dan sikap media dalam usaha untuk memecah belahkan Pakatan..



Ketua Pemuda PAS Pusat di Radio 24



Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasarudin Hassan Tantawi telah di temubual secara langsung semalam dalam Radio 24 melalui segmen Kerusi Panas atau Kerpan. Walaupun tempoh masa yang singkat, namun penjelasan yang diberikan mampu membuka mata masyrakat terhadap PAS dan Pemuda PAS itu sendiri.

Saya sempat merakamkan temubual tersebut. Harap maaf kalau audio tersebut kurang jelas. Untuk temubual penuh sila download dari sini

8.7.09

Liberalisasi : Bermulanya perang Mahathir-Najib

mStar : Dr Mahathir tidak gembira dengan dasar liberasasi

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan ia menghakis kepentingan bumiputera negara ini.

Mantan perdana menteri itu berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.

“Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai pentadbiran Najib yang bakal mencapai 100 hari Sabtu ini.

Dr Mahathir bagaimanapun mengakui bahawa pentadbiran Najib turut didasari oleh beberapa perkara yang diakui bagus, khususnya berhubung Indeks Prestasi Utama (KPI) yang bertujuan meningkatkan tahap perkhidmatan anggota-anggota kerajaan.

“Ia lebih baik berbanding pemerintahan sebelumnya,” katanya.

Dr Mahahthir sebelum itu menerima kunjungan Malaysia and Singapore Vintage Car Register (MSVCR) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

MSCVR ditubuhkan pada 1955 oleh sekumpulan peminat kereta antik di Melaka dan masih bergiat aktif di setiap pelusuk negara. BERNAMA



Ustaz Azizan akan kekal kukuh di Kedah (insyallah)

Lee Guan Aik, ADUN DAP Kedah itu perlu didisiplinkan. Muafakat membawa berkat, jangan marahkan pijat kelambu dibakar. Di Pulau Pinang pun PAS hanya ada 1 kerusi. Banyak yang PAS tidak puas hati terhadap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng, tetapi kelambu tidak pernah mereka bakar. Isu Majlis Agama Islam Pulau Pinang, isu Pembahagian kerusi PBT, penglibatan PAS dalam kerajaan negeri dan banyak lagi, tetapi akhbar bukan forumnya, bertindak keluar Pakatan dengan kekuatan hanyan1 kerusi bukan penyelesiannya.

Kepada media yang beragenda, jangan harap kerajaan Ustaz Azizan yang dibina dengan sokongan dan harapan rakyat itu akan jatuh dengan mainan anda. Kepada kawan-kawan dari DAP Kedah, bawa-bawalah berunding. Fikir-fikirkanlah kesan dari tindakan kita yang tidak matang itu.

Tulisan penuh di sini


Keselamatan Negara Di pertikai???


Kenyataan Media Pemudawilayah: Kehadiran Thaksin di Malaysia jejas imej Keselamatan Negara

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) memandang serius kehadiran bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawatra di Malaysia yang lewat di kesan oleh pihak berkuasa keselamatan negara.

Thaksin dilaporkan mendarat dengan sebuah pesawat peribadinya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dekat sini pukul 5 pagi Sabtu lalu untuk berehat dan mengisi minyak. Beliau dan empat orang pengawal peribadinya dilaporkan turut menginap di Hotel Shangri-La di Jalan Sultan Ismail selama 24 jam.

Kehadiran beliau hanya disedari oleh Polis Malaysia setelah wakil kedutaan Thailand membuat laporan pada hari Ahad, namun gagal menahannya kerana Thaksin dilaporkan telah terbang ke Fiji.

Thaksin merupakan orang yang dikehendaki oleh Kerajaan Thailand yang juga rakan ASEAN Malaysia.

Pemudawilayah melihat isu kehadiran Thaksin yang gagal diketahui oleh pihak berkuasa di Malaysia sebagai satu kecuaian yang amat serius.

Bagaimana beliau boleh mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah? Siapa pegawai trafik udara yang membenarkan pesawat beliau mendarat? Kenapa dia tidak maklumkan Polis?

Siapa pula pegawai Imigresen yang melepaskan beliau untuk keluar dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah? kenapa beliau tidak ditahan disitu?

Siapa pula pemandu kenderaan yang membawanya ulang alik dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Shangri-La?

Siapa penyambut tetamu yang menerima tempahan bilik dari pengawal Thaksin? Kenapa mereka tidak maklumkan pada pihak Polis?

Mustahil Thaksin boleh lepas begitu sahaja memandangkan ke semua tempat berkenaan ada CCTV melainkan ada orang yang bersubahat membantunya.

Pemudawilayah melihat perkara ini sebagai memalukan imej keselamatan negara dan Polis dilihat gagal untuk mengesan kehadiran beliau diperingkat awal.

Ketua Polis Negara dan Pengarah Imigresen perlu beri jawapan. Begitu juga dengan Pengurus Hotel Shangri-La.

Pastinya kerajaan Thailand amat kecewa ketika ini dan sukar untuk mereka mempercayai Malaysia kerana insiden ini.

Justeru itu satu tindakan tatatertib perlu diambil pada mereka yang terlibat melepaskan Thaksin sebagai menjaga nama baik negara.

Sistem keselamatan disemua pintu masuk negara perlulah diperketatkan. Sudah banyak pendatang tanpa izin, penjenayah VIP seperti Thaksin yang lepas masuk ke negara ini. Malaysia juga sering dijadikan negara transit bagi aktiviti pemerdagangan manusia dan semua ini masih berlaku walaupun pelbagai janji ditaburkan.

Maka Pemudawilayah menuntut BN mengotakan manifesto mereka pada Pilihanraya lalu iaitu 'Selamat, Aman Makmur' sekaligus menangani isu-isu keselamatan negara keseluruhannya.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



7.7.09

Marwa al-Sherbini muslem woman stabbed 18 times to death in a German court cause of hijab - july 4th

Some thousands of Egyptians surround the coffin of 32-year old pregnant Egyptian woman Marwa el-Sherbini, Monday July 6, 2009, who was stabbed by a German man in a courtroom in eastern Germany last week, during her funeral in Alexandria, Egypt. The woman was to testify against the man in court after he allegedly called her an Islamist and a terrorist in 2008. German prosecutors say a 28-year-old man who fatally stabbed Marwa was driven by a deep hate of foreigners. (AP Photo/Nasser Nouri)



Ustaz Hadi lancar buku 'Islam Adil Untuk Semua'

MARANG, 7 Julai - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah melancarkan sebuah buku tulisan terbarunya bertajuk 'Islam Adil Untuk Semua'.

Katanya, keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.

"Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

"Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan 'Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik'", jelasnya.

 

Kata Ustaz Abdul Hadi, kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksanakan undang-undang rimba dan monopoli harta.

Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira banagsa dan agama.

Ianya, merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam.

Bahkan, buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Beliau melancarkan buku tersebut pada satu majlis Ceramah Perdana yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di pekarangan Masjid Rusila, Marang, semalam.

Sumber : http://presiden.pas.org.my


SEMINAR PEMIKIRAN DR.BURHANUDDIN AL-HILMI


Pengenalan

Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

Tarikh:
Ahad : 2 Ogos 2009

Masa:
8.30pg-5.15ptg

Tempat:
Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah,
Shah Alam Selangor

Sasaran/penyertaan terbuka:

300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

Tema:
“Membentuk Jiwa Merdeka”

Perasmi:
YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Slot wacana oleh:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

Slot forum oleh:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)

Moderator:

YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

Penutup:
YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

Anjuran:
Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

Yuran Penyertaan:
RM25 sahaja/individu
(Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:
Nurani: 013-611 4832
Azlin: 013-303 7867
Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it


Daftar segera, tempat adalah terhad.

sumber : http://ummahcentre.net/i1/content/view/19/1/

span>ummahcentre@yahoo.comspan>

4.7.09

Solat Hajat Untuk Agar Wabak Influenza H1N1 Tidak Terus Merebak

PAS Pusat amat prihatin terhadap penularan wabak Influenza H1N1 yang pada hari meningkat kepada 291 kes dengan 47 kes baru dilaporkan hingga pagi tadi.

PAS melihat wabak ini satu ancaman baru kepada rakyat Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya. Justeru itu, pelbagai usaha harus dilakukan bagi membasmi penularan wabak ini.

PAS Pusat meminta agar semua ahli, penyokong dan rakyat yang beragama Islam beramai-ramai melakukan Solat Hajat di Masjid, Surau, Padang atau dirumah masing-masing dengan doa, semoga Allah membantu kita menghentikan wabak ini dari terus merebak.

Kepada yang bukan Islam, PAS Pusat menyeru agar mereka berdoa kepada tuhan masing-masing mengikut ritual agama mereka.

Semoga dengan kesatuan doa ini, wabak ini dapat disekat dari terus merebak. Sesungguhnya setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, dan hikmahnya Allah mahu kita bersatu dan terus mengingatinya. Jadikan wabak Influenza H1N1 sebagai satu peringatan dari Allah. Sesungguhnya amat beruntung bagi mereka yang tidak pernah lupa menyembah tuhannya.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2.7.09

Pemuda PAS sangkal laporan ada kerjasama dengan Umno - Official Press Release

Kenyataan Media (1 Julai 2009)

1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.

2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.

4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini.

Sekian.

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat


Pakatan di Kedah bergolak?

Hari ini kita di kejutkan pula dengan berita tentang pergolakan yang berlaku di Kedah. Kalau dilihta hanya sekadar isu Pusat Penyembelihan Babi yang beroperasi secara haram selama lebih 30 tahun dan banyak menerima rungutan penduduk setempat berkenaan sikap pengusaha pusat penyembelihan tersebut.

Dalam hal yang demikian, DAP seolah-olah tidak melihat isu ini secara menyeluruh dan bertindak terburu-buru dengan mengisytiharkan DAP keluar dari Pakatan..

Beberapa persoalah mula timbul, adakah isu ini timbul dan di kaitkan dengan artikal di bawah..

1. http://penyapulidi09.blogspot.com/2009/06/sungguhka.html
2. http://kedahlanie.blogspot.com/2009/07/kedah-betoi-ka-ada-katak-nak-lompat-nie.html 



DAP KEDAH TIDAK WAJAR TERBURU-BURU

ALOR SETAR, 1 Julai: Para pemimpin DAP Kedah tidak patut membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan kerajaan Pakatan Rakyat kerana penjelasan telah dibuat berkaitan dengan perobohan rumah penyembelihan babi di Mergong itu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, Exco kerajaan negeri, Datuk Fakhrulrazi Zawawi juga telah memberikan penerangan kepada pemimpin DAP Pusat mengenai perkara ini.

"Nampaknya, mereka faham dan meminta kita menyesaikan segera isu ini. Namun kita tidak boleh halanglah jika mereka mahu terus bersikap begitu (keluar dari kerajaan Pakatan)," kata Azizan.

Beliau mengulas tindakan DAP Kedah yang membuat kenyataan untuk keluar dari kerajaan Pakatan di Kedah kerana tidak berpuashati dengan kerajaan negeri.

Ia ekoran perobohan pusat penyembelihan babi di Mergong, yang sudah beroperasi tanpa lesen lebih 30 tahun lalu.

Pagi tadi, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah merobohkan bangunan itu selepas mendapat bantahan demi bantahan dari penduduk sekitar kerana membuang sisanya ke dalam tong sampah dan dalam sungai berdekatan.

MBAS sebelum ini telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.
Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi.

Kegiatan penyembelihan babi di sini telah dihentikan mereka sejak 26 Jun lalu.
Hari ini, bangunan itu dirobohkan selepas tempoh sebulan yang diminta telah tamat pada 30 Jun lepas.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina, Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.



Sekitar Demontrasi PPSMI