20.9.09

Tuan Ibrahim - BN umpama kuih batang buruk

JERANTUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.
Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berita lanjut di sini

Perutusan Hari Raya Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan �Eid Mubarak� kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

15.9.09

Pakar al-Quran di semua DUN Johor

Kerajaan Johor akan menempatkan seorang pakar tafsir Al-Quran masing-masing di setiap kawasan DUN di negeri itu untuk membolehkan umat Islam mendalami kandungan Al-Quran secara terperinci.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri menghantar pelajar-pelajar mendalami ilmu tafsir Al-Quran di beberapa universiti di Timur Tengah.

Dengan penempatan itu, bererti kesemua 56 kawasan DUN di Johor akan mempunyai seorang pakar tafsir Al-Quran yang berkelayakan untuk memberi tafsiran yang tepat mengenai isi kandungan kitab suci itu kepada masyarakat, katanya pada majlis penyampaian bantuan hari raya kepada masyarakat miskin bagi kawasan parlimen Ledang semalam.

Abdul Ghani berkata penempatan pakar tafsir Al-Quran itu adalah sebagai lanjutan daripada program membudayakan Al-Quran yang diperkenalkan di setiap daerah di Johor.

"Sudah tiba masanya bagi umat Islam bukan sahaja memahami terjemahan Al-Quran tetapi mendalami huraian mendalam ayat-ayat Al-Quran," katanya. BERNAMA


14.9.09

Sepuluh Malam : Peringatan dari seorang sahabat buat diri yang lupa

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat DPPWP yang dikasihi Allah

Hari ini 20 Ramadan 1430H. Terbenamnya matahari maghrib ini menandakan saat2 yang dinanti dan dirindukan oleh orang-orang yang beriman telah tiba,  iaitu sepuluh malam terakhir bulan ramadan. Apakah itlizam kita Ramadan kali ini? Mudah-mudahan lebih baik dari Ramadan yang lalu.

Sunnah Nabi SAW pada 10 malam terakhir adalah menghidupkan malam2 tersebut dengan beri’tikaf di masjid dan beribadah berdasarkan kepada satu Hadis dari Aisyah R.A

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ana menyeru diri dan sahabat-sahabat marilah kita berusaha melaksanakan sunnah Baginda SAW. Kalau kita bicara tentang politik, pilihanraya dan mendirikan negara Islam adalah sunnah, ini juga adalah sunnah Nabi SAW .

Kalau sahabat-sahabat sanggup tinggalkan rumah, tidur di markas-markas ketika PRU mahupun PRK, maka usahakanlah malam-malam terakhir ini kita cuba tinggalkan rumah tidur di rumah-rumah Allah untuk bermunajat kepada-Nya.. Tak dapat 1 malam sepuluh malam pun jadilah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Inilah peluang terakhir kita memohon ampun dari Allah SWT supaya dihapuskan dosa-dosa yang menjadi penghalang perjuangan da’wah kita. Dosa yang menyebabkan kita letih, malas, dan susah untuk memberikan komitmen yang terbaik kepada perjuangan. Tidakkah kalian suka diampunkan segala dosa kepada Allah. Alangkah beruntungnya kita Allah beri peluang ini! Sebelum maut menjemput kita.

Inilah juga peluang kita untuk berdoa sebanyak mungkin memohon kemenangan Islam di muka bumi ini terutama di negara yang kita ini. Supaya PAS menang bukan dari sudut politik semata-mata tetapi juga dari aspek dakwah dan perjuangan. Sekiranya kita sayangkan Allah dan Rasul dan perjuangan kita ini, usahakanlah agar kita dapat menghidupkan 10 malam Ramadan ini supaya kita lahir menjadi pejuang Islam yang tulus suci dan bersih dan mendoakan kemenangan Islam.

Inilah juga peluang kita mencari Lailatul Qadar yang diidam-idamkan, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan kesejahteraan yang melimpah ruah sehingga ke waktu fajr.

Di manakah kita sepuluh malam Ramadan kali ini? Di hadapan pc/laptop? Menonton filem dan drama? Alangkah ruginya kita kalau demikian. Tinggalkan seketika tv, blog, facebook, twitter, dan apa-apa sahaja gangguan-gangguan di waktu malam supaya kita dapat fokus beribadah kepada Allah. Bermunajat dan memohon keampunan dari-Nya. Mudah-mudahan 1 Syawal kita benar-benar menepati maksud Hari Raya itu, ‘Aid Fitr merayakan kembalinya kita kepada Fitrah bersih dari noda dan dosa.

Sekali lagi seruan ana kepada diri dan sahabat-sahabat, ayuh bersama kita menghidupkan 10 malam terakhir. Apakah Ramadan akan datang masih ada? Mungkin masih ada tapi Ramadan itu untuk siapa? Bukan lagi untuk kita kalau dijemput Allah

jazakAllah khair kathira

p/s: jom join ana i'tikaf kat masjid tuanku mizan (masjid besi), putrajaya bermula malam ni, insyAllah.



Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

- Dipetik  http://nursyifa.blogspot.com


2.9.09

Sejarah lagi.. Sidang DUN Perak di Hotel Heritage





Sidang DUN Perak berlangsung di Hotel Heritage, Ipoh selepas tidak berjaya memboloskan diri di bangunan DUN Perak pagi tadi. Berita penuh disini dan disini.


Sekitar Demontrasi PPSMI