28.8.09

12 Dalil Kenapa Perlu Bantu PAS Wilayah

Assalamualaikum warahmatullah

Sempena mengambil barokah Ramadhan al-Mubarak, saya dengan rendah hati menulis email ini untuk membuat rayuan derma bagi PAS Wilayah, khususnya bagi kawasan Titiwangsa. Di bawah adalah sebab kenapa PAS Wilayah dan Titiwangsa adalah sangat penting dan strategik, dan memerlukan bantuan daripada kita semua.

1. Kawasan Titiwangsa adalah merupakan kawasan tunggal yang dimenangi oleh PAS di dalam Wilayah Persekutuan, dan ini merupakan sejarah bagi PAS untuk memenangi sebuah kawasan parlimen di tengah ibu kota.

2. Ketika PAS meletakkan calon – Dr Lo’lo’ Ghazali bertanding di Titiwangsa, ramai yang berpandangan bahawa calon PAS bertanding di kawasan tersebut hanya sekadar untuk bertanding, dan memberikan saingan kepada calon UMNO. Manakan tidak, majoriti kemenangan calon UMNO pada 2004 adalah 11,815 undi, daripada hampir 50,000 pengundi berdaftar. Berebut-rebut pimpinan UMNO untuk bertanding di kawasan ini kerana dianggap antara kubu selamat dan kawasan ‘pasti menang’.

3. Kawasan Titiwangsa adalah salah satu daripada hanya tiga kawasan majoriti melayu di Wilayah Persekutuan di samping Setiawangsa dan Wangsa Maju.

4. UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memenangi kembali kawasan Titiwangsa kerana ianya adalah tapak kepada dua kampung melayu terakhir di Kuala Lumpur, iaitu Kampung Baru dan Datuk Keramat. Titiwangsa juga meliputi kawasan strategik di ibu kota seperti Jalan Chow Kit, Jalan Jelatek, Taman Tasik Titiwangsa, dan Hiliran Ampang.

5. Berbeza dengan kawasan parlimen di luar Wilayayah Persekutuan, kawasan parlimen di dalam WP tiada Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara purata ada tiga kawasan DUN dalam satu kawasan parlimen, bermakna biasanya ada 4 orang YB yang menjaga 1 kawasan parlimen. Tetapi bagi kawasan parlimen di dalam WP, seorang YB terpaksa berkhidmat kepada seluruh kawasan tanpa boleh berkongsi tanggungjawab dengan YB peringkat DUN. Dalam kata lainnya, seorang YB untuk pikul kerja yang biasanya dikongsi oleh 4 orang YB.

6. Juga berbeza dengan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang lain, tiada support dan peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri dan dewan bandaraya untuk mengurus dan berkhidmat kepada rakyat. Malah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL banyak memberikan masalah untuk mensabotaj dan memburukkan nama YB yang dipilih rakyat.

7. Unik juga kawasan di dalam WP adalah kebanyakan rakyat yang diberi khidmat bukan akhirnya akan mengundi di kawasan tersebut. Pada hari pilihanraya mereka akan balik mengundi di kampung halaman masing-masing. Begitu juga ketika pilihanraya rakyat yang dikempen kebanyakan adalah berdaftar sebagai pengundi di kampung asal mereka. Ringkasnya, berkempen di ibu kota adalah sebenarnya berkempen bagi pihak seluruh negara.

8. Cawangan-cawangan PAS di ibukota juga bukanlah seperti di kawasan luar bandar yang mempunyai ramai aktivis sepenuh/separuh masa. Maklumlah di ibukota sara hidup mahal, dan kebanyakan orang bekerja sehingga lewat petang / malam. Masa untuk jamaah adalah di hujung minggu, itupun kalau tidak balik ke kampung atau berehat selepas penat seminggu bekerja. Ahli PAS yang duduk di ibukota adalah kebanyakannya seperti rakan kita semua yang sangat sibuk dengan kerjaya.

9. Terlalu ramai rakyat yang miskin dan melarat di ibu kota yang mesti dibantu. Berbelas ribu golongan miskin dan penduduk kawasan setinggan yang mesti dibela. Sejak memenangi pilihanraya 2008 yang lepas PAS Titiwangsa tidak cukup tangan dan sumber kewangan untuk terus membantu golongan yang memerlukan di ibu kota. Antara golongan yang masih dapat dibantu; Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Anak Yatim, Orang Tua Uzur, dan mangsa musibah. Sila baca contoh kisah di bawah dan kisah-kisah yang lain di blog YB Titiwangsa.

10. Sebagaimana kawasan-kawasan lain yang mempunyai wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, parlimen titiwangsa tidak menerima peruntukan tahunan yang sepatutnya diterima oleh seorang wakil rakyat untuk tujuan kebajikan, khidmat masyarakat, dan projek-projek kecil untuk tujuan pembaikan dan pemulihan setempat. Untuk memahami kritikalnya keadaan ini, sebuah kawasan parlimen yang mempunyai wakil rakyat BN akan menerima antara RM500 ribu hingga RM5 juta setahun untuk tujuan di atas. Wakil rakyat DUN bagi negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat agak bernasib baik kerana masih menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, lebih kurang RM450 ribu bagi setiap DUN.

11. Kesannya, wakil rakyat bagi negeri yang tidak dimenangi oleh PR terpaksa menggunakan duit gaji sendiri untuk membiayai Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing. Dengan sewa bangunan, gaji staf sokongan, kelengkapan, dan bil air-elektrik – jumlah yang perlu dikeluarkan daripada gaji sendiri (dan simpanan hari tua kadangkala) adalah dalam RM15 ribu sebulan bagi sebuah pusat khidmat yang sangat sederhana. Ini belum termasuk sumbangan-sumbangan kecil perlu diberikan kepada masyarakat setempat yang bertali arus datang meminta pertolongan. Setiap bulan gaji YB habis dibelanjakan untuk khidmat masyarakat sebelum sempat dibelanjakan untuk menyara keluarga sendiri.

12. Kawasan Titiwangsa masih dapat terus bertahan walaupun tenat kerana hasil rayuan infaq dan derma yang terpaksa dicari setiap bulan. Ini adalah tidak sustainable dan akan mendatangkan impak yang sangat buruk sekiranya kita tidak lagi mampu untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat dari segi amanah kepada rakyat, imej jamaah daripada pandangan masyarakat, dan paling penting dakwah sebagai pimpinan Islam kepada umum.

Oleh itu, sempena Ramadhan al-Mubarak ini, saya amat berharap agar sahabat-sahabat semua dapat menghulurkan tangan membantu setakat yang termampu. Sumbangan infaq boleh disalurkan kepada bank berikut:

Yayasan Prihatin Titiwangsa

Akaun MayBank : 564799106040

Juga saya berharap sebahagian daripada yang membaca email ini akan dapat memberikan infaq secara bulanan dengan membuat standing order kepada akaun bank di atas. Kita cuma memberikan infaq sebahagian kecil daripada pendapatan kita, dan bukannya menyerahkan keseluruhan pendapatan kita untuk tujuan kebajikan seperti dalil ke-11 di atas. InshaAllah dengan standing order yang kita mulakan pada bulan Ramadhan ini akan memberikan kita pahala jariah yang akan berterusan sekiranya kita sampai ajal dalam keadaan standing order ini masih dalam niat untuk diteruskan.

Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan saya 07747568973.

Fawwaz

No comments:

Sekitar Demontrasi PPSMI