1.3.10

Minum Malam Bersama Mohamad Bin Sabu di Putrajaya

Pas Kawasan Putrajaya malam tadi telah berjaya mengadakan Majlis Minum Malam bersama Mohamad Bin Sabu. Majlis yang sepatutnya berlangsung seawal Januari lepas, terpaksa di tunda kerana kekangan masa penceramah jemputan.


YDP Pas Kawasan, Ust Mohamad Nazir, membidas pemuda UMNO atas isu sekolah Agama Rakyat di Putrajaya, kerana menuduh PAS Kawasan mengambil kesempatan politik dalam Isu tersebut. Pemuda UMNO dituduh seperti anjing yang tiada gigi kerana hampir 7 tahun tidak mampu mereaslisasikan Sekolah Agama di Putrajaya.


Mohamad bin Sabu, AJK Pas Pusat, banyak menyentuh isu Rasuah dan kesannya kepada kepentingan Negara. Beliau juga menimbulkan rasa kerisauan yang amat sangat terhadap indeks rasuah negara yang semakin teruk, disamping beberapa isu keselamatan negara yang membabitkan isu rasuah. Walaupun digambarkan oleh musuh politik beliau sebagai telah lapuk, ceramah beliau hampir sejam begitu memukau hadirin dengan fakta-fakta dan hujjah yang cukup bernas diselang-seli dengan jenaka.


Antara ahli PAS Kawasan Putrajaya yang khusyuk mendengar ceramah yang sampaikan oleh Yang Berbahgia Mohamad Sabu


YB Khalid Samad turut hadir telah menjelaskan beberapa isu negara berkaitan dengan isu GST dan isu belanjawan negara. Beliau turut mengkategorikan bahawa Malaysia ekonomi Malaysia sedang berada diambang bahaya. Beliau turut memberi contoh tentang kaedah perlaksanaan GST yang baru di Australia beberapa tahun lepas, yang telah menelan belanja AUD5 billion yang bersamaan hampir RM15 billion. Beliau juga turut menyentuh tentang belanjawan defisit negera serta pembaziran perbelanjaan negara, termasuk isu pembinaan pusat konvensyen oleh NAZA TTDI yang membabitkan kerugian kerajaan sebanyak RM 1 Billion.

No comments:

Sekitar Demontrasi PPSMI