27.11.25

JANGAN ‘PAJAK’ OTAK

Jangan ‘pajak’ otak

kepada suara yang memujuk senyap,
kepada cerita yang dibungkus rapi
kononnya kebenaran tak perlu disemak.

Jangan serah akal
kepada tangan-tangan yang mahu mengikat,
mengajar kita tunduk
tanpa bertanya siapa sebenarnya yang di depan?

Otak bukan tanah terbiar
yang boleh disewa sesiapa,
ia ladang hidup
yang subur bila kita bajak dengan ilmu,
disiram dengan soalan,
dipupuk dengan keberanian berfikir.

Jika kita biar orang lain mengaut hasilnya,
kita hanya tinggal menjadi penonton
di ladang fikiran sendiri.

Maka berdirilah,
jaga tapak intelekmu.
Jangan ‘pajak’ otak—
kerana merdekanya fikiran
adalah permulaan merdekanya bangsa.

Kota Kinabalu, 27.11.2025@8.45 am

12.9.12

Sepakat PR membawa rebah BN

Nasharudin: PKR hormati keputusan Majlis Syura PAS

Bila kesepakatan menjadikan syaitan (baca Be eNd) yang dikenali menangis tak berlagu. Peluru terakhir mereka seumpama jatuh bedebuk ke atas riba mereka sendiri.

Pedih tak terkata.


17.1.11

Lama menyepi

Salam,

Lama dah rasanya menyepi dari menyibukkan diri di alam siber. 2 sebab utama; pertama, takut tersalah tulis, neraka jahim yang bakal menanti. Kedua, blog dan dunia penulisan bukanlah bidang yang sesuai bagi diri saya.

Eh.. habis tu kenapa malam ni, tetiba menulis.. Ehemm.. sebenarnya, tanpa di sangka-sangka, rupanya ada juga kebaikan aku berblog. Hasilnya aku dapat rakam sesuatu yang dapat digunakan hari ini sebagai bukti kerja keras kami dari seawal tahun 2008 lagi.

Sure korang nak tau kan.. tunggulah, kalau betul-betul berguna nanti aku akan maklumkan.

Macam biasa, jangan lupa doakan kejayaan calon PAS di Tenang, Cikgu Normala Sudirman yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS Labis. Kenapa PAS?? Jawapannya hanyalah di sini. Jangan risau, aku bukan jenis orang yang tak berpegang kepada amanah, kerja dan urusan peribadi, insya Allah selama ini tak pernah bercampur. Doakan semoga keadaan ini berterusan


20.7.10

Kenapa CIMB jadi pilihan ...

Dakwaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan segala transaksi perdagangan minyak mesti melalui perbankan CIMB wajar dipersoal, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Adakah kerana CEOnya (ketua pengarah eksekutif) adalah adik perdana menteri, maka pengedar-pengedar Shell dipaksa membuat auto-debit dengan CIMB?" soalnya di Pejabat Agung PAS hari ini.

Menurut Harkahdaily, difahamkan, arahan mandatori itu mula berkuatkuasa pada 1 September depan.

Dari aduan yang diterima, katanya, mereka yang terbabit lebih berminat melakukan transaksi secara cek dan tunai menggunakan perkhidmatan Maybank serta bank-bank terdekat dengan stesen minyak masing-masing atas faktor keselamatan.



Lanjut sila ke sini


17.6.10

Fiesta Kelantan hambar: Hanya 300 hadir - Malaysiakini

"Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.


Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan pembesar suara selepas bekalan elektrik terputus. Siaran langsung yang diwar-warkan RTM juga dibatalkan.

Harakah Daily melaporkan walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat mencurah-curah selepas Maghrib."


16.6.10

Mahathir heret judi kepada perkauman

Mahathir heret judi kepada perkauman: "Dewan Pemuda PAS dari peringkat pusat sehingga ke akar umbi berasa cukup terkilan dengan kenyataan dangkal Tun Mahathir berkaitan isu judi yang dianggap sebagai isu politik semata-mata. Jelas Tun Mahathir yang kini ingin mencipta nama di peringkat antarabangsa melalui Global Peace Organisation itu cukup tidak matang mengeluarkan kenyataan berkaitan isu domestik terkini iaitu perlesenan judi."

Masihkah Adun Malim Nawar bernilai RM20juta?


Menggadai prinsip atas alasan yang jelas kurang munasabah..

Masihkah Adun Malim Nawar bernilai RM20juta?

Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan.. Al-Fatihah



Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

1.3.10

Minum Malam Bersama Mohamad Bin Sabu di Putrajaya

Pas Kawasan Putrajaya malam tadi telah berjaya mengadakan Majlis Minum Malam bersama Mohamad Bin Sabu. Majlis yang sepatutnya berlangsung seawal Januari lepas, terpaksa di tunda kerana kekangan masa penceramah jemputan.


YDP Pas Kawasan, Ust Mohamad Nazir, membidas pemuda UMNO atas isu sekolah Agama Rakyat di Putrajaya, kerana menuduh PAS Kawasan mengambil kesempatan politik dalam Isu tersebut. Pemuda UMNO dituduh seperti anjing yang tiada gigi kerana hampir 7 tahun tidak mampu mereaslisasikan Sekolah Agama di Putrajaya.

30.12.09

Sehari di Wetland Putrajaya


Di Taman Wetland Putrajaya, sempena Hari Keluarga PAS Kawasan


Masing-masing dah tak sabar nak naik perahu


Eii.. beraninya..


Rupa-rupanya dah hampir 4 tahun tak menjejakkan kaki ke Taman Wetland.

9.10.09

20.9.09

Tuan Ibrahim - BN umpama kuih batang buruk

JERANTUT, 14 Sept – PAS yakin, walaupun kerajaan BN yang ada kini rapuh tetapi jika Pakatan Rakyat tidak berada di atas landasan yang betul, mereka tidak akan berjaya merampas kerajaan Pusat.
Umpama kuih batang buruk adalah kuih yang rapuh, tetapi kalau mahu memakannya tetap perlu ada gigi, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Berita lanjut di sini

Perutusan Hari Raya Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan al-Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ia merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita: bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan al-Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawaduk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan �Eid Mubarak� kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

15.9.09

Pakar al-Quran di semua DUN Johor

Kerajaan Johor akan menempatkan seorang pakar tafsir Al-Quran masing-masing di setiap kawasan DUN di negeri itu untuk membolehkan umat Islam mendalami kandungan Al-Quran secara terperinci.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri menghantar pelajar-pelajar mendalami ilmu tafsir Al-Quran di beberapa universiti di Timur Tengah.

Dengan penempatan itu, bererti kesemua 56 kawasan DUN di Johor akan mempunyai seorang pakar tafsir Al-Quran yang berkelayakan untuk memberi tafsiran yang tepat mengenai isi kandungan kitab suci itu kepada masyarakat, katanya pada majlis penyampaian bantuan hari raya kepada masyarakat miskin bagi kawasan parlimen Ledang semalam.

Abdul Ghani berkata penempatan pakar tafsir Al-Quran itu adalah sebagai lanjutan daripada program membudayakan Al-Quran yang diperkenalkan di setiap daerah di Johor.

"Sudah tiba masanya bagi umat Islam bukan sahaja memahami terjemahan Al-Quran tetapi mendalami huraian mendalam ayat-ayat Al-Quran," katanya. BERNAMA


14.9.09

Sepuluh Malam : Peringatan dari seorang sahabat buat diri yang lupa

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat DPPWP yang dikasihi Allah

Hari ini 20 Ramadan 1430H. Terbenamnya matahari maghrib ini menandakan saat2 yang dinanti dan dirindukan oleh orang-orang yang beriman telah tiba,  iaitu sepuluh malam terakhir bulan ramadan. Apakah itlizam kita Ramadan kali ini? Mudah-mudahan lebih baik dari Ramadan yang lalu.

Sunnah Nabi SAW pada 10 malam terakhir adalah menghidupkan malam2 tersebut dengan beri’tikaf di masjid dan beribadah berdasarkan kepada satu Hadis dari Aisyah R.A

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ana menyeru diri dan sahabat-sahabat marilah kita berusaha melaksanakan sunnah Baginda SAW. Kalau kita bicara tentang politik, pilihanraya dan mendirikan negara Islam adalah sunnah, ini juga adalah sunnah Nabi SAW .

Kalau sahabat-sahabat sanggup tinggalkan rumah, tidur di markas-markas ketika PRU mahupun PRK, maka usahakanlah malam-malam terakhir ini kita cuba tinggalkan rumah tidur di rumah-rumah Allah untuk bermunajat kepada-Nya.. Tak dapat 1 malam sepuluh malam pun jadilah.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Inilah peluang terakhir kita memohon ampun dari Allah SWT supaya dihapuskan dosa-dosa yang menjadi penghalang perjuangan da’wah kita. Dosa yang menyebabkan kita letih, malas, dan susah untuk memberikan komitmen yang terbaik kepada perjuangan. Tidakkah kalian suka diampunkan segala dosa kepada Allah. Alangkah beruntungnya kita Allah beri peluang ini! Sebelum maut menjemput kita.

Inilah juga peluang kita untuk berdoa sebanyak mungkin memohon kemenangan Islam di muka bumi ini terutama di negara yang kita ini. Supaya PAS menang bukan dari sudut politik semata-mata tetapi juga dari aspek dakwah dan perjuangan. Sekiranya kita sayangkan Allah dan Rasul dan perjuangan kita ini, usahakanlah agar kita dapat menghidupkan 10 malam Ramadan ini supaya kita lahir menjadi pejuang Islam yang tulus suci dan bersih dan mendoakan kemenangan Islam.

Inilah juga peluang kita mencari Lailatul Qadar yang diidam-idamkan, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan dan kesejahteraan yang melimpah ruah sehingga ke waktu fajr.

Di manakah kita sepuluh malam Ramadan kali ini? Di hadapan pc/laptop? Menonton filem dan drama? Alangkah ruginya kita kalau demikian. Tinggalkan seketika tv, blog, facebook, twitter, dan apa-apa sahaja gangguan-gangguan di waktu malam supaya kita dapat fokus beribadah kepada Allah. Bermunajat dan memohon keampunan dari-Nya. Mudah-mudahan 1 Syawal kita benar-benar menepati maksud Hari Raya itu, ‘Aid Fitr merayakan kembalinya kita kepada Fitrah bersih dari noda dan dosa.

Sekali lagi seruan ana kepada diri dan sahabat-sahabat, ayuh bersama kita menghidupkan 10 malam terakhir. Apakah Ramadan akan datang masih ada? Mungkin masih ada tapi Ramadan itu untuk siapa? Bukan lagi untuk kita kalau dijemput Allah

jazakAllah khair kathira

p/s: jom join ana i'tikaf kat masjid tuanku mizan (masjid besi), putrajaya bermula malam ni, insyAllah.



Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

- Dipetik  http://nursyifa.blogspot.com


2.9.09

Sejarah lagi.. Sidang DUN Perak di Hotel Heritage





Sidang DUN Perak berlangsung di Hotel Heritage, Ipoh selepas tidak berjaya memboloskan diri di bangunan DUN Perak pagi tadi. Berita penuh disini dan disini.


28.8.09

12 Dalil Kenapa Perlu Bantu PAS Wilayah

Assalamualaikum warahmatullah

Sempena mengambil barokah Ramadhan al-Mubarak, saya dengan rendah hati menulis email ini untuk membuat rayuan derma bagi PAS Wilayah, khususnya bagi kawasan Titiwangsa. Di bawah adalah sebab kenapa PAS Wilayah dan Titiwangsa adalah sangat penting dan strategik, dan memerlukan bantuan daripada kita semua.

1. Kawasan Titiwangsa adalah merupakan kawasan tunggal yang dimenangi oleh PAS di dalam Wilayah Persekutuan, dan ini merupakan sejarah bagi PAS untuk memenangi sebuah kawasan parlimen di tengah ibu kota.

2. Ketika PAS meletakkan calon – Dr Lo’lo’ Ghazali bertanding di Titiwangsa, ramai yang berpandangan bahawa calon PAS bertanding di kawasan tersebut hanya sekadar untuk bertanding, dan memberikan saingan kepada calon UMNO. Manakan tidak, majoriti kemenangan calon UMNO pada 2004 adalah 11,815 undi, daripada hampir 50,000 pengundi berdaftar. Berebut-rebut pimpinan UMNO untuk bertanding di kawasan ini kerana dianggap antara kubu selamat dan kawasan ‘pasti menang’.

3. Kawasan Titiwangsa adalah salah satu daripada hanya tiga kawasan majoriti melayu di Wilayah Persekutuan di samping Setiawangsa dan Wangsa Maju.

4. UMNO akan melakukan apa sahaja untuk memenangi kembali kawasan Titiwangsa kerana ianya adalah tapak kepada dua kampung melayu terakhir di Kuala Lumpur, iaitu Kampung Baru dan Datuk Keramat. Titiwangsa juga meliputi kawasan strategik di ibu kota seperti Jalan Chow Kit, Jalan Jelatek, Taman Tasik Titiwangsa, dan Hiliran Ampang.

5. Berbeza dengan kawasan parlimen di luar Wilayayah Persekutuan, kawasan parlimen di dalam WP tiada Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara purata ada tiga kawasan DUN dalam satu kawasan parlimen, bermakna biasanya ada 4 orang YB yang menjaga 1 kawasan parlimen. Tetapi bagi kawasan parlimen di dalam WP, seorang YB terpaksa berkhidmat kepada seluruh kawasan tanpa boleh berkongsi tanggungjawab dengan YB peringkat DUN. Dalam kata lainnya, seorang YB untuk pikul kerja yang biasanya dikongsi oleh 4 orang YB.

6. Juga berbeza dengan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang lain, tiada support dan peruntukan kewangan daripada kerajaan negeri dan dewan bandaraya untuk mengurus dan berkhidmat kepada rakyat. Malah Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL banyak memberikan masalah untuk mensabotaj dan memburukkan nama YB yang dipilih rakyat.

7. Unik juga kawasan di dalam WP adalah kebanyakan rakyat yang diberi khidmat bukan akhirnya akan mengundi di kawasan tersebut. Pada hari pilihanraya mereka akan balik mengundi di kampung halaman masing-masing. Begitu juga ketika pilihanraya rakyat yang dikempen kebanyakan adalah berdaftar sebagai pengundi di kampung asal mereka. Ringkasnya, berkempen di ibu kota adalah sebenarnya berkempen bagi pihak seluruh negara.

8. Cawangan-cawangan PAS di ibukota juga bukanlah seperti di kawasan luar bandar yang mempunyai ramai aktivis sepenuh/separuh masa. Maklumlah di ibukota sara hidup mahal, dan kebanyakan orang bekerja sehingga lewat petang / malam. Masa untuk jamaah adalah di hujung minggu, itupun kalau tidak balik ke kampung atau berehat selepas penat seminggu bekerja. Ahli PAS yang duduk di ibukota adalah kebanyakannya seperti rakan kita semua yang sangat sibuk dengan kerjaya.

9. Terlalu ramai rakyat yang miskin dan melarat di ibu kota yang mesti dibantu. Berbelas ribu golongan miskin dan penduduk kawasan setinggan yang mesti dibela. Sejak memenangi pilihanraya 2008 yang lepas PAS Titiwangsa tidak cukup tangan dan sumber kewangan untuk terus membantu golongan yang memerlukan di ibu kota. Antara golongan yang masih dapat dibantu; Orang Kurang Upaya (OKU), Ibu Tunggal, Anak Yatim, Orang Tua Uzur, dan mangsa musibah. Sila baca contoh kisah di bawah dan kisah-kisah yang lain di blog YB Titiwangsa.

10. Sebagaimana kawasan-kawasan lain yang mempunyai wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat, parlimen titiwangsa tidak menerima peruntukan tahunan yang sepatutnya diterima oleh seorang wakil rakyat untuk tujuan kebajikan, khidmat masyarakat, dan projek-projek kecil untuk tujuan pembaikan dan pemulihan setempat. Untuk memahami kritikalnya keadaan ini, sebuah kawasan parlimen yang mempunyai wakil rakyat BN akan menerima antara RM500 ribu hingga RM5 juta setahun untuk tujuan di atas. Wakil rakyat DUN bagi negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat agak bernasib baik kerana masih menerima peruntukan daripada kerajaan negeri, lebih kurang RM450 ribu bagi setiap DUN.

11. Kesannya, wakil rakyat bagi negeri yang tidak dimenangi oleh PR terpaksa menggunakan duit gaji sendiri untuk membiayai Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing. Dengan sewa bangunan, gaji staf sokongan, kelengkapan, dan bil air-elektrik – jumlah yang perlu dikeluarkan daripada gaji sendiri (dan simpanan hari tua kadangkala) adalah dalam RM15 ribu sebulan bagi sebuah pusat khidmat yang sangat sederhana. Ini belum termasuk sumbangan-sumbangan kecil perlu diberikan kepada masyarakat setempat yang bertali arus datang meminta pertolongan. Setiap bulan gaji YB habis dibelanjakan untuk khidmat masyarakat sebelum sempat dibelanjakan untuk menyara keluarga sendiri.

12. Kawasan Titiwangsa masih dapat terus bertahan walaupun tenat kerana hasil rayuan infaq dan derma yang terpaksa dicari setiap bulan. Ini adalah tidak sustainable dan akan mendatangkan impak yang sangat buruk sekiranya kita tidak lagi mampu untuk meneruskan khidmat kepada masyarakat dari segi amanah kepada rakyat, imej jamaah daripada pandangan masyarakat, dan paling penting dakwah sebagai pimpinan Islam kepada umum.

Oleh itu, sempena Ramadhan al-Mubarak ini, saya amat berharap agar sahabat-sahabat semua dapat menghulurkan tangan membantu setakat yang termampu. Sumbangan infaq boleh disalurkan kepada bank berikut:

Yayasan Prihatin Titiwangsa

Akaun MayBank : 564799106040

Juga saya berharap sebahagian daripada yang membaca email ini akan dapat memberikan infaq secara bulanan dengan membuat standing order kepada akaun bank di atas. Kita cuma memberikan infaq sebahagian kecil daripada pendapatan kita, dan bukannya menyerahkan keseluruhan pendapatan kita untuk tujuan kebajikan seperti dalil ke-11 di atas. InshaAllah dengan standing order yang kita mulakan pada bulan Ramadhan ini akan memberikan kita pahala jariah yang akan berterusan sekiranya kita sampai ajal dalam keadaan standing order ini masih dalam niat untuk diteruskan.

Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan saya 07747568973.

Fawwaz

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40-80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Sekitar Demontrasi PPSMI