18.6.09

Antara dua Tok Guru: Penjelasan dan penjernihan terhadap konsep Kerajaan Perpaduan

Semalam, selepas artikal ini keluar dalam malaysiakini, saya terus menghubungi Tuan Haji Wan Abdul Rahman, Pengarah CERI PAS Pusat, bertanyakan pendapat beliau tentang suasana yang berlaku akhir-akhir ini yang menimpa Jamaah Islam PAS. Lantas beliau meminta ana untuk sebarluaskan artikal yang beliau tulis dalam harakahdaily pada hari yang sama bagi menjernihkan kekeruhan yang timbul. Semoga artikal ini dapat menjelaskan suasana serta mampu memperkukuhkan saf Jamaah yang sama-sama kita dokong dan sayangi. Semoga Allah meletak kita semua di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa.

Oleh : Wan Abdul Rahman Wan AB Latif

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan.

Tulisan penuh beliau boleh di ikuti di harakahdaily


No comments:

Sekitar Demontrasi PPSMI