24.6.09

Setelah Kenyataan media Tuan Guru Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin..

Melihat kepada kenyataan media Tuan Guru Nik Aziz, menunjukkan betapa mulianya dan merendah dirinya Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam menangani isu berkaitan Kerajaan Perpaduan. Saya tidak ingin mengulas lebih jauh, cuma apa yang saya tunggu sekarang ini adalah kenyataan 10 orang Ahli Parlimen dari PAS yang sebelum ini bertindak di luar batasan bila menghebahkan tentang betapa tidak setujunya mereka tentang isu Kerajaan Perpaduan walaupun mereka ini juga merupakan AJK PAS Pusat yang begitu dekat dengan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Berita berkaitan 10 budak hitam (istilah baru utk 10 MP) boleh di lihat di sini, di sini dan juga di sini

Saya melihat kalaulah tiada sebarang kenyataan permohonan maaf atas keterlanjuran 10 budak hitam,dalam masa yang terdekat ,maka kita akan melihat betapa mulianya mereka yang bergelar ulama' dan betapa hinanya mereka yang bergelar profesional.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan saya, tapi mungkin tuan-tuan masih belum terlupa, bagaimana Ustaz Daud Iraqi memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan beliau terhadap ada isu politik wang di dalam pemilihan PAS yang lepas. Kalau tuan-tuan sudah terlupa, isu ini  sila rujuk di sini dan di sini .

Kenyataan media Nik Aziz boleh di ikuti di harakahdaily dan permohonan maaf beliau turut disiarkan di utusan online



Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS , Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nuridah Salleh. - azm _





No comments:

Sekitar Demontrasi PPSMI