18.6.09

'Dakwah PAS kepada Umno seperti Musa temui Firaun'

Nampaknya Pemuda PAS lebih matang berbanding 10 ahli parlimen PAS yang masih tetap memainkan isu kerajaan Perpaduan, walaupun arahan dari pimpinan untuk menghentikan perdebatan secara terbuka isu Kerajaan Perpaduan, dan pernah di tegaskan sendiri oleh salah seorang dari 10 ahli Parlimen terbabit beberapa hari lepas menerusi Malaysiakini.

Jawapan dalam temubual ini telah menunjukkan kematangan Ketua Pemudanya yang baru bila berhadapan dengan media.

Ana pun hairan dengan tingkah laku sebahagian kepimpinan PAS yang seolah-olah tidak sabar dan seolah-olah ingin menonjolkan diri bahawa merekalah yang sebenarnya berada di pihak yang benar dan Presiden PAS berada di pihak yang salah.

Berikut sedutan wawancara bahagian pertama Malaysiakini dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan. Wawancara penuh bahagian satu boleh di ikuti di sini


Berbalik kepada isu kerajaan perpaduan, dari segi prinsipnya, ustaz secara peribadi melihatnya bagaimana?

Pada 11 Jun yang lalu, PAS pusat telah mengadakan mesyuarat. Dan kita telah mengambil satu persefahaman atau keputusan untuk menghentikan polemik isu kerajaan perpaduan sehinggalah satu muzakarah politik diadakan di peringkat parti.

Maknanya, satu mekanisme yang diambil oleh parti untuk menyelesaikan masalah atau untuk mengambil tindakan lanjut ekoran idea yang dilontarkan Presiden (PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Muzakarah itu (nanti) akan dibincang secara lumat dari pelbagai aspek - dari segi hukumnya (kerajaan perpaduan), kesesuaian politik dan sebagainya.

Selepas itu, barulah presiden akan membuat pengisytiharan, apa langkah (PAS) seterusnya. Buat masa ini, (kerajaan perpaduan) hanyalah gagasan idea, pemikiran atau ijtihad politik Datuk Seri presiden dan ia terbuka kepada perbincangan.

No comments:

Sekitar Demontrasi PPSMI