22.6.09

Catatan London



  1. Balik dari London. Aku dengar balik rakaman perbincangan dengan Tuan Guru. Lebih sejam perbincangan itu.
  2. Satu demi satu aku dengar berkali-kali rakaman itu. Ada perkara baru dan ada yang lama diberitahu oleh Tuan Guru Presiden. Yang lama, aku tak mau ulang lagi.
  3. Konsep Kerajaan Perpaduan adalah idea Presiden PAS yang harus dilihat latar belakang mengapa idea itu dilontarkan. Seperti juga idea Projek 16 September. Idea Anwar Ibrahim sendiri. Rahsia dalam rahsia (istilah aku). Prinsipnya bagi Tuan Guru, mestilah menguntungkan Islam.
  4. Dalam siasatan oleh beberapa ahli Parlimen PAS, antara lima ahli Parlimen BN yang hendak menyokong Projek 16 September, tidak menyakinkan.
  5. Pertemuan dengan pimpinan Umno selepas PRU 12 samada secara gelap atau terang, itu dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim dan juga beberapa pimpinan PAS. Yang gelap, diterang-terangkan. Yang terang, digelap-gelapkan oleh tangan yang tidak bertanggungjawab. Hati sudah gelap.
  6. Mengapa boleh berlaku begini? Sebab ada `orang kita’ lebih senduk dari kuah (istilah aku) bila melihat idea orang lain. Kagum dengan parti lain. Ghairah dengan undi bukan Islam semasa PRU 12.
  7. Ada ‘cerita lain’ yang timbul daripada isu idea Kerajaan Perpaduan. Idea itu dijadikan alasan untuk menimbulkan keributan dalam parti. Cerita lain. Tuan Guru kata, kita sebagai manusia memang ada kelemahan. Ada kesilapan. Cuma jangan kesilapan diselesaikan dengan kesilapan lain.
  8. Apabila aku minta pimpinan PAS lebih bijaksana dalam melakukan tindakan terutama tindakan 10 ahli parlimen PAS membuat kenyataan di Parlimen. Tuan Guru bersetuju benar. Tuan Guru berkata, ‘kena sebut itu!'
  9. Itu sahaja. Bacalah dengan jiwa yang tenang, lapang dan berhikmah.

Catatab oleh Muhaimin Sulam

No comments:

Sekitar Demontrasi PPSMI